Thursday, January 20, 2011

Kisah yang membuatkan ummi menangis

Ummi nak share kisah benar yang diceritakan oleh pakar motivasi dalam radio ikim.fm pagi Selasa lalu..Kisah ini amat menyentuh hati ummi bila mengenangkan anak-anak ummi yang semakin aktif dan cerdik. Ummi taip balik dalam version ummi. Sila la baca ya.

Dalam sebuah taman perumahan, terdapat sepasang suami isteri yang sangat bahagia. Si suami bekerja manakala si isterinya suri rumahtangga spenuh masa. Isteri ini seorang yang perfectionist. Dari segi usunatur perabot di rumah hingga ke susunan baju almari nya sangat kemas dan sistematik. Mereka hidup bahagia sekali. Hingga ke suatu hari mereka mendapat khabar yang cukup menggembirakan dan dikongsikan ke seluruh taman iaitu si isteri mengandung. Setelah mengetahui mereka bakal mendapat anak lelaki, lalu si isteri menyiapkan satu bilik bayi yang lengkap dengan kelengkapan bayi dan dindingnya pula di cat dengan warna biru. Alamari baju turut siap disusun dengan pakaian-pakaian bayi dari umur sebulan hingga satu tahun. Seperti biasa, isteri ini seorang yg perfectionist maka semuanya disiapkan seawal-awalnya.

Maka bila tiba masanya, lahir lah seorang bayi lelaki yang sgt comel. Mereka menjaganya bagai menatang minyak yg penuh. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, lama kelamaan si ibu menyedari yang si anak ini mempunyai sikap yang bertentangan dengan ibunya. Kalau ibu suka mengemas, anaknya pasti sepahkan. Surat khabar yang disimpan rapi, habis di koyak-koyakkan menjadi cebisan kecil. Langsir yang elok dipasang, di tarik-tariknya sampai tercabut. Setiap kali si ibu memarahi anaknya, si anak akan berdiri di hadapan ibu lalu memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Walaubagaimanapun di anak masih mengulanginya.

Suatu hari sahabat lama si ibu menelefon dan berjanji untuk menziarahi mereka di rumah. Si ibu sangat gembira dan mengemas rumah serta memasakkan mi goreng khas untuk sahabat lamanya. Sekembalinya dari dapur dengan mangkuk mi yang masih ditangan, dilihatnya ruang tamunya kembali bersepah dan cebisan kertas surat kabar bersepah di sana sini. Sofa yang disusun baik tidak berada di tempatnya. Kali ini si ibu sudah hilang kawalan, diletaknya mi di atas meja lalu menjerit si ibu kepada anaknya. Si anak yang terkejut dengan laungan si ibu terus melarikan diri keluar rumah dan dikejar oleh ibunya. Saat ibu menjejaki keluar pagar rumahnya, tiba-tiba dia mendengar satu dentuman kuat dan tiba-tiba terasa basah di mukanya. Ketika itu dilihat anaknya terkulai di hadapannya sambil darah membuak-buak keluar dan badannya penuh dengan darah. Tanpa berfikir panjang, si ibu mengangkat anaknya dan memasukkan ke dalam kereta. Ibu memandu terus ke hospital terdekat, pada saat ini tiada lain yang diingati olehnya melainkan doa berterusan agar Allah menyelamatkan anaknya.

Sebaik tiba di hospital, anaknya diusung masuk ke wad kecemasan. Ibu teruskan berdoa dan meminta agar Allah memanjangkan umur anaknya. Tatkala melihat doktor keluar, si ibu menerpa dan jawapan yang diberikan oleh doktor itu cukup memilukan si ibu. Anaknya sudah meninggal dunia.......Kala ini, terdetik di sanubari si ibu bahawa NIKMAT ITU DATANG SEKALI-SEKALA, TETAPI SYUKUR ITU PERLU SETIAP MASA.....Si ibu tidak dapat menggantikan anaknya dengan benda lain dah...Bila dia pulang ke rumah, si ibu terus menyelongkar ke tong sampah dan mengutip semula cebisan-cebisan kertas surat khabar lalu ditaburkan ke ruang tamu rumahnya. Kerana kini dia tidak akan lihat lagi rumahnya bersepah-sepah, kertas-kertas bertaburan, sofa tidak bersusun...

Sekali lagi ummi bergenang air mata tatkala menaip kisah ini. Ummi rasa sangat bersyukur dengan kehadiran anak-anak ummi yang aktif dan gemar explore pelbagai barang yang ummi simpan, walaupun ummi tak suka rumah yang tidak kemas. Tiap kali ummi memarahi mereka, ummi rasa menyesal, kerana inilah proses pembesaran semulajadi yang memang dilalui oleh semua kanak-kanak normal. Aku bersyukur pada-Mu ya Allah..Semoga anak-anak ummi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah....

Ku Fahmi meratah Nutella

Buah hati ummi
Putera kedua Ummi, suka hisap rantai ummi dan sembur air liur banyak2


Ops, tangan sape tue?

Ku Fahmi....buka almari lagi..cari apa tu????

Ku `Iffah...main hand set ummi lagi ye...

2 comments:

  1. ehm kak long, sedihnya cite ni..teringat Durrany yang memang aktif dan suka berkemas tu...budak2 biasa la kan..semua benda nak explore..kena bg peluang kat depa..tapi dlm masa yang sama, kena tegur dgn cara berhemat untuk mendidik mereka..

    ReplyDelete
  2. Ya zie..Anak-anak kan..betul tu, kena tegur dgn cara berhikmah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...