Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 8, 2011

Weekend activity + Iman

Salam semua..Jumaat datang lagi, penghulu segala hari..

Maka insyaAllah esok adalah sabtu dan seterusnya ahad..apa aktiviti ummi dan keluarga nanti ye..Walid dah 

cakap nak rehat kat rumah je. Penat kerja dan almost every week kami tak duduk rumah. 




Ummi bercita-cita nak mengemas rumah, teratak merangkap syurga cinta kami. Hm..mcm mana nak jadikan 

ia mcm syurga ya..bukan bergantung kepada kekemasan semata-mata, bukan dekorasi, bukan 

kepada tayangan video kartun atau hiburan santai ..bukan hidangan sedap hasil masakan ummi 

..bukan permainan hebat buat anak-anak ...Ummi percaya ianya berpunca dari akar  iman yang 


dipupuk oleh Ummi dan Walid kepada anak-anak sekaligus mewujudkan Biah Soleh di  rumah. 

Hmm..bukan mudah sebenarnya. Cabaran yang sentiasa menggugat IMAN sentiasa datang dan datang...jika 

tak kuat akarnya, maka mudahlah pokok itu jatuh atau mati kekeringan siraman air dan baja rohani. 

Anak-anak ummi..bukan mudah untuk hidup atas dunia ni..Ummi dapat rasakan Yaumul Akhir tu semakin 

hampir..bila dengar bermacam berita tetang becana alam, masalah politik, sosial..mengucap panjang 

Ummi..ya Allah, mampukah kami, mampukah anak-anak kami hadapi cabaran yg amat dasyat kini dan akan 

datang?



Benar iman itu tak dapat diwarisi..namun selagi amanah sebagai ibu itu di bahu Ummi, Ummi mohon Allah 

beri kekuatan untuk lakukan yang terbaik buat anak-anak ummi dan keluarga ..


Ya Allah permudahkan lah segala urusan hamba-Mu yang lemah ini..tunjukilah kami jalan yang Engkau redhai...amin...



No comments:

Post a Comment