Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 27, 2011

Setiap Kali...

Setiap kali Ummi berasa sedih dan ingin coretkan sesuatu di sini, akhirnya pasti tak jadi..
Setiap kali Ummi berasa marah dan ingin luahkan di sini, akhirnya pasti tak jadi..
Setiap kali Ummi rasa gembira dan ingin kongsikan bersama yang lain disini, akhirnya pasti tak jadi...

Kadang-kadang dah siap taip banyak2...bila baca balik..Ummi padam..kenapa ya..?

Sebab Ummi teringat pesan Rasulullah..perkara yang buruk jangan diperbesarkan..eloklah tidak menimbulkan aib sendiri..perkara yang baik, kadangkala tak perlu diperhebah..bimbang ada yang cemburu, atau kita berasa ujub. Kalau kita nak marah2 pun..nak marah kepada siapa? Di hujung nya, hakikatnya kita marah kepada Allah..tak mungkin kita nak marah Allah kan?

Ummi sentiasa berharap agar kehidupan Ummi bersama Walid, Ku `Iffah, Ku Fahmi, Ku Fateh dan seluruh keluarga, kejiranan, kenalan, guru2..semuanya dibimbing oleh Allah..sentiasa dalam suluhan Allah..cahaya di atas cahaya, yang tiada tolok bandingnya..Hidayah dan jalan Taqwa..

Suatu hari kita akan tinggalkan dunia ini..tak ada apa pun yang boleh dibawa bersama melainkan amal soleh yang entah cukup entah tidak..mengharapkan bantuan daripada 3 perkara.. iaitu sedakah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak – anak yang soleh.


Sama-sama kita muhasabah diri..

Tuesday, June 14, 2011

Menangani Anak Hiperaktif

Sumber 1: http://www.blog.rahsiaanakpintar.com/2010/06/24/anak-hiperaktif/ 

Sumber 2: http://pkbp.smkintan.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=117&Itemid=61

24JUN



Memahami sifat hiperaktif anak penting bagi membantu ibu bapa mengendalikannya dengan baik. Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima.
Ibu bapa yang memiliki anak hiperaktif tidak seharusnya kecewa atau menyesali tentangnya, sebaliknya bersyukur dan menganggapnya suatu anugerah dan ujian daripada Allah s.w.t..
Anak hiperaktif sangat aktif dari segi fizikal dan mental berbanding kanak-kanak lain. Ingatan mereka kuat tetapi kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang memberi fokus kepada sesuatu perkara yang mana akan menjejaskan ingatan jangka panjang mereka.
Selain mereka lebih pintar dan lebih kreatif berbanding rakan-rakan seusianya, mereka bersifat berani. Inilah yang sering menjadi kebimbangan ibu bapa kerana anak hiperaktif jarang mempertimbangkan akibat daripada tindakan yang dilakukannya samada merbahayakan dirinya atau orang lain. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa.
Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama mereka untuk melayani kerenah yang kadang-kadang diluar jangkaan dan memalukan. Perkataan yang diungkapkan oleh anak hiperaktif ditambah dengan sifat umum kanak-kanak yang suka berterus terang boleh memalukan rakan-rakan kita di dalam sesetengah keadaan. Walaupun jika difikirkan, memang apa yang diperkatakan mereka ada kebenarannya tetapi kebiasaannya tidak berlapik. Contohnya dengan kata-kata ‘eh.. orang tu tak tutup aurat!’ di hadapan seorang wanita muslim, telah menjadikan kita berasa segan walaupun ianya benar.
Kanak-kanak hiperaktif suka berkawan. Mereka cepat bosan sekiranya tiada kawan untuk berkomunikasi dan bermain. Ibu bapa hendaklah menyediakan dan merancang aktiviti yang pelbagai bagi mengatasi sifat cepat bosan mereka. Oleh itu ibu bapa perlu kreatif merancang pelbagai aktiviti menarik dan selamat untuk mereka.
Tips menangani anak hiperaktif:
1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikuti kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.
2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.
3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah (bengang!!)
4. Bersabar dan tidak bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional (….kena banyak sabaaar…).
5. Tukar perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit “Jangan lari!!!”, cuba tukarkan kepada perkataan “Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh”. Dia akan ikut kejap, pastu lari lagi… tak pe, jangan jemu memberi teguran!!
6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti “kenapa la kamu ni nakal sangat”, bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka. (cepat-cepat ambil wuduk kalau naik marah..)
7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contoh pelihara ikan, tanam bunga dan seumpamanya.
8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam tv, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan).
9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. jangan ‘give up’ walaupun terpaksa bercakap perkara yang sama kepada mereka
10. Dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.
11. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.

12. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-program di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka.


13. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebaginya.

14. Selain dari itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif menggunakan pendekatan berdasarkan agama seperti membaca doa. Antara doa-doa yang sesuai diamalkan oleh orang tua untuk anak-anaknya.
a) Al Bagarah : 128
Doa agar anak patuh kepada Allah 

b) Al Imran : 38
Doa agar diberi anak yang baik.

c) Furqan : 74
Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati

d) Ibrahim : 40
Doa agar anak tetap mengerjakan solat

15. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, kita boleh membaca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. Selain dari itu, ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran. Bacalah Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.


16. Selain membaca doa ketika mereka sedang belajar, ketika memasak juga bolehlah si ibu membaca doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

17. Bagi ibu yang bercita-cita anak-anak yang baik. Elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap digalak diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.



18. Selepas solat lima waktu juga cukup sesuai untuk kita menadahkan doa. Selalulah mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.” Manakala Ayat 40 pula, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

19. Selepas mengambil wuduk, ibu bapa hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.


20. Ketika anak tidur juga:

a. Pada setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali. 

b. Membaca surah Al Fatihah 1 kali dan Surah Alam Nasyrah 1 kali 

c. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya. 

d. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur. 


Walaupun demikian, kebiasaannya sifat hiperaktif beransur berkurangan ketika usia mereka mulai mencecah 12 tahun.



Berdoa tanpa jemu dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah s.w.t…….wallahu a’lam..

Wednesday, June 1, 2011

Makanan untuk ibu menyusui

Info ini adalah tambahan daripada entri sebelum ini. Saja letak, sebagai peringatan untuk saya dan tatapan ibu-ibu di luar sana. Diperolehi daripada sini.

ASI menyediakan semua nutris yang dibutuhkan oleh bayi untuk kesehatan dan tumbuh-kembangnya pada awal-awal kehidupan (0-6 bulan dianjurkan ASI ekslusif). Blog ini berisi anjuran praktis mengenai makanan bagi ibu menyusui agar tidak merugikan ibu dan bayinya.


Apa yang seharusnya saya makan?
Sangat penting untuk mengkonsumsi bervariasi makanan termasuk :
  • Buah-buahan dan sayuran (dapat juga dibuat dalam bentuk jus), merupakan makanan yang kaya serat. Umumnya ibu setelah melahirkan akan mengalami konstipasi (susah BAB) yang kadang dapat sisertai nyeri. Makanan berserat dapat mengurangi keluhan ini
  • Makanan yang mengandung karbohidrat seperti nasi, roti, kentang sebagai sumber energi
  • Sumber protein seperti daging, dan ayam, telur, sebaiknya mengurangi ikan
  • Makanan tambahan seperti susu, keju, suplement calsium
Makanan apa yang seharusnya saya hindari?
Makan ikan baik untuk kesehatan dan pertumbuhan bayi, tetapi dianjurkan untuk tidak lebih dari dua porsi dalam seminggu. Ini disebabkan zat-zat polutan yang ada pada ikan dapat ikut melalui ASI dan dapat membahayakan bayi.
 
Apakah perlu menghindari kacang ?
Kacang merupakan penyebab alergi yang paling sering, mengenai sekitar 1% dari manusia, alergi kacang bisa menyebabkan reaksi yang berat. Bayi anda memiliki resiko tinggi untuk terkena alergi kacang bila anda, suami anda, anak anda yang lain memiliki riwayat alergi makanan atau alergi lain seperti rhinitis alergika, asma, ekzema.
Jika bayi anda memlikiki resiko tinggi, kacang harus dihindari dari bayi anda dengan cara anda tidak mengkonsumsi kacang selama menyusui, dan setidaknya anak tidak boleh makan kacang sampai usia 3 tahun.

Apakah saya memerlukan vitamin suplemen?
Sangat dianjurkan untuk mengkonsumsi suplement, terutama yang mengandung vit D minimal 10 mcg perhari.

Apakah saya perlu makan lebih ?
Tubuh ibu sangat efisien membentuk ASI jadi anda tidak perlu “makan untuk berdua”. Yang penting makan dengan “diet menu seimbang”.

Apakah saya perlu minum lebih ?
Kita seharusnya minum 6-8 gelas (1,2 liter) perhari. Jika anda menyusui anda membutuhkan lebih banyak minum air dari 6-8 gelas. Jika anda haus, ini berarti anda sudah dehidrasi, jika warna kencing anda pekat ini juga berarti anda kurang minum. Lebih baik jika anda minum sesaat sebelum menyusui bayi. Air putih, susu dan jus merupakan pilihan yang baik. Jangan minum alkohol dan kafein (kopi).

Apakah boleh saya menurunkan berat badan ?
Bukan gagasan yang baik untuk menurunkan berat badan selama anda menusui, Ini dikarenakkan anda membutuhkan energi dan anda dapat menghilangkan kebutuhan nutrisi yang seharusnya didapat oleh bayi anda. Berita baik akan terjadi pengurangan komposisi lemak tubuh dari ibu selama ia menyusui, jadi menyusui akan mempercepat mengembalikan berat badan anda seperti sebelum melahirkan. Jika anda menggunakan “diet menu seimbang”, mengurangi lemak dan gula, fisik yang aktif ini akan membantu anda untuk menurunkan berat badan.