Thursday, September 29, 2011

Minat Menjahit ku..

Lama dah tak update blog ni kan..sebenarnya diri ini bukan lah berseni sangat dlm bidang penulisan ni. Wujudkan blog ni pun dgn tujuan mudah untuk berkongsi.

Sebelum ramadhan lalu, ditakdirkan ummi ditemukan Allah dengan sahabat yang pandai menjahit. Namanya Nurul Huda binti Zainal. Comel orangnya. Sentiasa pakai pakaian yang dijahit oleh ibunya, mahupun dijahit sendiri. Tapi tidak pernah pakai baju kurung kerana ibunya tak pernah jahitkan baju kurung untuk anak-anaknya.

Cik Nurul ni buat kelas setiap jumaat, time rehat bermula dengan maxi tanpa lengan hinggalah ke skirt berkipas. Walaupun pertemuan hanya seketika disebabkan beliau melanjutkan pelajaran ke Canada dalam minggu terakhir Ramadhan lalu..ilmu yang dikongsinya Ummi dapat rasakan berkat..beliau turut ditemukan dengan Pn. Suryani Kamaruddin yang sememangnya rutin menjahit begitu sinonim dalam kehidupannya di rumah. InsyaAllah, kelas tersebut akan diteruskan oleh Puan Suryani, Ummi, Pn. Rosnita, Pn. Linda, Cik Mirza, Pn. Siti, Dr. Fizah, Cik Ain dan mungkin ada lagi nama yang Ummi tak sebutkan di sini..selagi ada yang mahu belajar..insyaAllah kelas ini akan hidup. Di sini Ummi kongsikan gambar-gambar yang sempat Ummi snap.

My 1st Maxi

Ini my dear daughter 1st dress.  Asalnya  adalah dress bertali nipis. Ummi minta bantuan Pn. Suryani untuk hasilkan dress anak. Alhamdulillah.


Baju kurung pertama untuk anak Ummi. Beg2 tu pula tempahan daripada kawana2 adik Syafiqah.

Lagi tempahan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...