Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 27, 2011

Lindungi kami ya Allah

Hati ummi sangat bimbang mengenangkan gejala di akhir zaman ini..surat khabar dan berita di peti televisyen mahupun radio tak habis-habis melaporkan kes sosial yang sangat meruncing...macam mana keadaan anak-anak ummi kelak....?

ya Allah, lindungi kami ya Allah..sekali sekala jiwa ummi diganggu dengan keinginan dunia..maafkanku ya Allah..kadang kala aku gagal melawan godaan nafsu, keinginan dan kecintaan dunia yang kian maju..kononnya tidak mahu kertinggalan zaman..


ya Allah..jauhkan daripada daku dan keluargaku daripada kecintaan dunia...biarlah bersederhana asal hati dan jiwa berasa tenang di bawah naungan dan kecintaan terhadap -Mu...ya Allah..bantu aku dalam memujuk jiwa agar aku dan keluargaku tidak mengejar kemewahan dunia yang fana..


ya Allah..suluhkan jalan hidup kami dengan cahaya-Mu yang tidak pernah malap, suluhan yang menjanjikan syurga abadi..jangan biarkan kami terpedaya dengan tipu daya dunia dan godaan syaitan durjana..amin ya Allah..


Semoga Engkau mentakdirkan kami hidup dalam iman, matikan kami dalam iman, serta dibangkitkan dalam iman..

No comments:

Post a Comment