Tuesday, July 31, 2012

10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh


Ummi nak kongsikan sesuatu yang Ummi baca:
10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
  • Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
  • Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
  • Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  1. Selalu membaca al-Quran di rumah
  2. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  3. Hidupkan budaya memberi salam
  4. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.




Thursday, July 26, 2012

Lagu untuk ibu

Ummi sgt suka lagu ni, boleh dgr ulang-ulang tanpa jemu...

Ni satu lagi lagu yang Ummi dan anak-anak bujang Ummi suka

Hujung minggu kami diserikan dengan lagu-lagu mendidik jiwa dari Maher Zain..disamping lagu-lagu yang anak-anak dapat dari sekolah..

Selamat beramal!

Tuesday, July 24, 2012

Kisah Si Bujang Ummi

Sebenarnya kisah-kisah anak lambat bercakap yang Ummi pernah letakkan di sini ada kene mengena dengan anak bujang pertama Ummi..Raja Abdullah Fahmi bin Raja Ariffuddin..

Ustaz Fahmi yang soleh

Alhamdulillah..30 Ramadhan ini genaplah usianya mencecah 4 tahun (mengikut bulan Islam).

Jujur kata Ummi memang bimbang akan perkembangannya. Ya lah, dia diuji dengan demam panas, pernah kene sawan, pernah terjatuh..orang sekeliling mengatakan perkembangannya tidak seperti kanak-kanak lain yang sebaya nya...agak slow terutama dari segi komunikasi. Tapi fizikal nya normal dan sihat..Hati Ummi kuat mengatakan yang anak Ummi sihat dan sama macam orang lain. Malah suatu hari nanti dia akan menjadi anak genius!!


Ummi kuatkan semangat mahu menyekolahkan Fahmi pada usia 4 tahun. Atas nasihat Dr. Nazim, anak2 begini yang boleh membantunya selain ibu bapa adalah environment yang sihat dan menggalakkan. Iaitu "Sekolah".

Lalu Ummi daftarkan Fahmi ke Taska dan Tadika Islam Koperasi UPM. Sebelum itu Ummi dah cerita perihal Fahmi kepada Cikgu Bibah. Katanya biasalah budak2..nanti dah sekolah insyaAllah ok.

Selepas sebulan sekolah, Cikgu Bibah telefon. Katanya Fahmi tak pandai makan sendiri, tak pandai pakai sudu, tak tahu buka dan pakai baju sendiri, tak faham arahan...huhu..pada awalnya Ummi sedih juga, tapi inilah yang sebenarnya yang Ummi nantikan.Ummi nak dengar dari mulut gurunya sendiri tentang keadaan Fahmi di sekolah. Terkilan juga sedikit kerana bukan Fahmi tak boleh buat semua tu tapi mungkin kerana tak biasa dan ini pengalaman baru di sekolah...dia hanya mampu SENYUM...dan ini cikgu memang puji..."Fahmi handsome dan suka senyum"...


Lalu Dr. Wan Azlina (pensyarah di jabatan Ummi) syorkan agar join Playgroup iaitu Excel Qhalif, yang terletak di Bandar Baru Bangi juga. Tanpa berfikir panjang Ummi bawa Fahmi ke kelas percuma dan terus daftar dengan yuran ketika itu RM300. Kelas berlangsung selama 8 minggu setiap hari Sabtu untuk Modul 1.


Ternyata dengan medium bahasa inggeris dan modul pengajaran dan aktiviti yang amat menarik, membuatkan Fahmi berjaya menonjolkan kebolehannya satu demi satu. Dan dia berjaya membuatkan guru-guru di tadikanya terkejut dengan perkembangannya yang mendadak! Terima kasih teacher Ayu..Fahmi sangat sayang kat Teacher Ayu ni!



Sukan sekolah yang pertama buatnya melayakkan Fahmi mendapat no.2 dalam acara yang disertainya. Tak sangka anak Ummi memang hebat! Cikgu puji Fahmi kerana sekarang menunjukkan minat dalam aktiviti berkumpulan, berusaha untuk menulis dan mewarna, bagus dalam pembacaan iqra' , doa dan amali solat...alhamdulillah..walaupun prestasinya masih sedikit tertinggal berbanding rakan-rakannya yang lain..tapi banyak sangat perubahannya.

Fahmi di hari Sukan Taska dan Tadika Islam Koperasi UPM

Persekolahan di Taska juga membantu Fahmi menambah vocab dan membentuk susunan ayat dari hanya satu perkataan kepada dua, kepada tiga dan kini Fahmi mampu membuat ayat panjang seperti semalam tiba2 dia marah Mak Toknya..."Cikgu Bibah...tengok Mak Tok ni...!", lucu betul anak Ummi ni..Thanks Cikgu Bibah dan Cikgu Hajar kerana sentiasa memberi tumpuan lebih kepada Fahmi.

Fahmi bersama lobak oren, hehe
Excel Qhalif

Aktiviti kraftangan di Excel Qhalif bertujuan untuk develop skill anak-anak di sini terutamanya pergerakan motor halus dan menggalakkan anak-anak fokus. Contohnya aktiviti menjahit dengan memasukkan benang bulu kambing ke lubang-lubang yang telah ditebuk pada sekeping pinggan kertas. Aktiviti ini selain mendidik Fahmi supaya fokus, ianya melatih jari jemari nya agar boleh memegang pensil untuk menulis. Di sini Fahmi dibiarkan memegang gunting, bermain dengan gam untuk lekatkan kertas, keronyokkan kertas, mewarna...Ummi sangat syukur atas usaha yang dibangunkan oleh Excel Qhalif. Thank again Teacher Ayu.





Playgroup ini juga membuatkan aktiviti hujung minggu kami bertambah menarik dan lebih mengeratkan hubungan keluarga kami. Kerana komitmen Ummi, Walid dan tak tinggal juga kakak `Iffah dan adik Fateh memberi dorongan kepada Fahmi untuk berusaha lebih lagi. Syabas anakku..





Banyak juga gambar Fahmi terpapar dalam poster dan iklan yang dibuat oleh Excel Qhalif..hehehe..fotogenik kata mereka...







Terima kasih atas teguran dan nasihat dari Mak Tok, Cik Ani (pengasuh Fahmi dan Fateh), Dr. Nazim (Pakar kanak2 di Az-Zahrah), Dr. Wan Azlina, Dr. Zurina, Dr. Suryani, Dr. Dayang, dan Kak Nita, Cikgu Bibah, Cikgu Hajar dan Datin,Teacher Ayu serta semua bloggers yang Ummi pernah terbaca entry mengenai anak-anak yang ada masalah speech delay. Ummi doakan agar Fahmi akan terus berjaya dan menjadi anak yang soleh ya! Amin... 



Selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan....!




Monday, July 23, 2012

GRADUAN PERTAMA KELAS JAHITAN

Assalamu`alaikum semua!!!
Selamat berpuasa Ummi ucapkan kepada seluruh umat islam yang kini sedang menjalani ibadah puasa. Hari ini bersamaan 3 Ramadhan 1433.

Ummi nak letak gambar pelajar pertama yang berjaya menyiapkan sepasang baju kurung untuk kelas kali ini...Beliau adalah kak Rousnafizah Ambia....

Selamat menjamu mata....

Kak Rous berusaha nak siapkan juga kainnya...

"Begini cara nak masukkan getah..."

"Ha..sikit lagi ni..macam ni caranya..."


"Alhamdulillah...pandanglah lihat lah baju saya....!"






Jangan jealous!!

Beginilah suasana kelas kami

Kak Noor punya pun dah nak siap

Haip!

Kak Diana menyusun perkakasnya...

Yeah...ginilah cara nak buat piping

Cikgu nak take five

Selamat menyambut ramadhan...bersalaman sebelum awal ramadhan...

Ok kepada pelajar2 lain..Ummi doakan teruskan usaha dan buat sampai siap. Hasilnya pasti menjadi kenangan terindah dan moga-moga minat ini akan berterusan.

Ramadhan Kareem!!!!




Workshop on Biomass to Biofuel

All are invited!



Tuesday, July 17, 2012

KISAH MENJAHIT UMMI

hik..hik..terharunye komen kawan-kawan Ummi mengenai blog ni..cuma ummi kurang kesempatan nak update blog.dlm kepala tu mcm2 kalu blh nak letak.tp harapkan di rumah tak menjadi jugak. so, curi2 masa di opis jugak nak update.


Ummi seronok ada orang sanggup meluangkan masa belajar menjahit ni. macam Ummi, sejak kecik selalu kacau mesin jahit maktok. sampai patah2 jarum dibuatnya. pernah beberapa kali nak buat anak patung sendiri, jahit tangan, tapi siap kepala je..hihi kenangan masa kecik.

Masa di sek menengah sangat suka kelas kemahiran hidup terutama menjahit. pernah sekali jahit apron Ummi siap tambah gambar carrot dan cili dengan benang tebal kait dan diajhit tangan. yang jadi mangsa masa tu buluh bulat maktok yang digunakan untuk jahit sulaman.

Masuk universiti Ummi ambil kokurikulum asas menjahit. masa tu dpt siapkan sepasang blouse perempuan. punyalah kampung masa tu, butang Ummi  tak cukup lagi satu,dan Ummi tak pegi beli.maklumlah takde kenderaan.kedai jauh.nak sewa teksi semata-mata nak beli butang membazir je kan. so tak lengkap la butang pada baju tu.cikgu bagi markah A-, dia kata kalu tak blh dpt A tapi butang tak cukup.huhu..owh lagi satu sbb Ummi jahit lubang butang terbalik.patutnya menegak tapi Ummi jahit melintang.cikgu cakap kedudukan lubang butang melintang sesuai untuk orang berbadan gempal.

Begitulah sedikit sebanyak kisah Ummi. Masa cuti semester suatu ketika dulu, Ummi sempat belajar menjahit baju kurung dengan Mak Cik Kiah, jiran Maktok. Itulah kali pertama Ummi belajar jahit baju kurung. Dia cakap laju,Ummi pun angguk-angguk geleng-geleng je, haha..pastu bersemangat jahit bajunye. last2 kain terbengkalai..bagi semula kepada Mak Cik Kiah jahitkan kain..kelakar tak?

Kali kedua belajar dengan Auntie Ani, mak sedara Walid. ha..yang ni best. sebab balik je dari Kuala Kangsar , Ummi amek masa dua hari je untuk siapkan sepasang baju kurung baru. Baju sehari, kain sehari. Alhamdulillah..kawan2 pun puji sbb kali pertama Ummi jahit baju dan baju itu ikut ukuran badan Ummi. hahaha..sebabnya sebelum ni Ummi suka pakai kurung yang lebih besar dari ukuran badan Ummi..

Kemudian belajar pula dengan Puan Suryani. Ni pun best juga, konon-konon nak jaihtkan baju Mak Ngah. Sudahnya Nek Cik yang dapat sebab Ummi tersalah potong kain. terkecik, huhu..

So setelah beberapa kali mencuba, alhamdulillah Ummi adalah kemahiran sikit, cuma tang leher je belum cekap lagi.

Ummi harap `Iffah yang dah ada ciri-ciri minat menjahit akan berjaya menjahit jua suatu hari kelak..Ummi bukan taknak bagi `Iffah pakai mesin Ummi, tapi belum masanya lagi...sabar ye sayang.

Oklah, Ummi nak pi bengkel. Wasalam...

Monday, July 16, 2012

GAMBAR AKTIVITI MENJAHIT

Ini lah antara gambar yang sempat Ummi tangkap:

Iniliah cikgunya....Puan Suryani Kamaruddin

Antara peserta nya adalah Puan Siti Mariam, Puan Rosnita

Puan Rousnafizah, Puan Nuriah

Many thanks to Puan Roslinah Idris yang set up kelas ni..

"untuk buat lubang leher ni kene gosong sekeping kain ni dulu..."

"ha.....kak Rous dah tersalah potong kain....mcm mana nak buat ni ye...", Kak Mariam

Kak Diana pun cekap juga memotong dan menjahit..



Puan Che Nora ni gigih tau...walaupun tiada pengalaman memotong dan menjahit sebelum ni..


Ini baju anak perempuan ummi...separuh jalan ni..nak yg dah siap nanti raya Ummi amek gambar ye
Ha...baju ni 'Iffah sangat suka pakai kan..?..ummi pun suka tgok anak ummi pakai...

Ini xde apa..saja letak....
Oklah, minggu ni adalah minggu terakhir kelas ini. Baju kurung pun ada yang dah siap. Jumpa lagi dan selamat berpuasa!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...