Tuesday, July 24, 2012

Kisah Si Bujang Ummi

Sebenarnya kisah-kisah anak lambat bercakap yang Ummi pernah letakkan di sini ada kene mengena dengan anak bujang pertama Ummi..Raja Abdullah Fahmi bin Raja Ariffuddin..

Ustaz Fahmi yang soleh

Alhamdulillah..30 Ramadhan ini genaplah usianya mencecah 4 tahun (mengikut bulan Islam).

Jujur kata Ummi memang bimbang akan perkembangannya. Ya lah, dia diuji dengan demam panas, pernah kene sawan, pernah terjatuh..orang sekeliling mengatakan perkembangannya tidak seperti kanak-kanak lain yang sebaya nya...agak slow terutama dari segi komunikasi. Tapi fizikal nya normal dan sihat..Hati Ummi kuat mengatakan yang anak Ummi sihat dan sama macam orang lain. Malah suatu hari nanti dia akan menjadi anak genius!!


Ummi kuatkan semangat mahu menyekolahkan Fahmi pada usia 4 tahun. Atas nasihat Dr. Nazim, anak2 begini yang boleh membantunya selain ibu bapa adalah environment yang sihat dan menggalakkan. Iaitu "Sekolah".

Lalu Ummi daftarkan Fahmi ke Taska dan Tadika Islam Koperasi UPM. Sebelum itu Ummi dah cerita perihal Fahmi kepada Cikgu Bibah. Katanya biasalah budak2..nanti dah sekolah insyaAllah ok.

Selepas sebulan sekolah, Cikgu Bibah telefon. Katanya Fahmi tak pandai makan sendiri, tak pandai pakai sudu, tak tahu buka dan pakai baju sendiri, tak faham arahan...huhu..pada awalnya Ummi sedih juga, tapi inilah yang sebenarnya yang Ummi nantikan.Ummi nak dengar dari mulut gurunya sendiri tentang keadaan Fahmi di sekolah. Terkilan juga sedikit kerana bukan Fahmi tak boleh buat semua tu tapi mungkin kerana tak biasa dan ini pengalaman baru di sekolah...dia hanya mampu SENYUM...dan ini cikgu memang puji..."Fahmi handsome dan suka senyum"...


Lalu Dr. Wan Azlina (pensyarah di jabatan Ummi) syorkan agar join Playgroup iaitu Excel Qhalif, yang terletak di Bandar Baru Bangi juga. Tanpa berfikir panjang Ummi bawa Fahmi ke kelas percuma dan terus daftar dengan yuran ketika itu RM300. Kelas berlangsung selama 8 minggu setiap hari Sabtu untuk Modul 1.


Ternyata dengan medium bahasa inggeris dan modul pengajaran dan aktiviti yang amat menarik, membuatkan Fahmi berjaya menonjolkan kebolehannya satu demi satu. Dan dia berjaya membuatkan guru-guru di tadikanya terkejut dengan perkembangannya yang mendadak! Terima kasih teacher Ayu..Fahmi sangat sayang kat Teacher Ayu ni!



Sukan sekolah yang pertama buatnya melayakkan Fahmi mendapat no.2 dalam acara yang disertainya. Tak sangka anak Ummi memang hebat! Cikgu puji Fahmi kerana sekarang menunjukkan minat dalam aktiviti berkumpulan, berusaha untuk menulis dan mewarna, bagus dalam pembacaan iqra' , doa dan amali solat...alhamdulillah..walaupun prestasinya masih sedikit tertinggal berbanding rakan-rakannya yang lain..tapi banyak sangat perubahannya.

Fahmi di hari Sukan Taska dan Tadika Islam Koperasi UPM

Persekolahan di Taska juga membantu Fahmi menambah vocab dan membentuk susunan ayat dari hanya satu perkataan kepada dua, kepada tiga dan kini Fahmi mampu membuat ayat panjang seperti semalam tiba2 dia marah Mak Toknya..."Cikgu Bibah...tengok Mak Tok ni...!", lucu betul anak Ummi ni..Thanks Cikgu Bibah dan Cikgu Hajar kerana sentiasa memberi tumpuan lebih kepada Fahmi.

Fahmi bersama lobak oren, hehe
Excel Qhalif

Aktiviti kraftangan di Excel Qhalif bertujuan untuk develop skill anak-anak di sini terutamanya pergerakan motor halus dan menggalakkan anak-anak fokus. Contohnya aktiviti menjahit dengan memasukkan benang bulu kambing ke lubang-lubang yang telah ditebuk pada sekeping pinggan kertas. Aktiviti ini selain mendidik Fahmi supaya fokus, ianya melatih jari jemari nya agar boleh memegang pensil untuk menulis. Di sini Fahmi dibiarkan memegang gunting, bermain dengan gam untuk lekatkan kertas, keronyokkan kertas, mewarna...Ummi sangat syukur atas usaha yang dibangunkan oleh Excel Qhalif. Thank again Teacher Ayu.





Playgroup ini juga membuatkan aktiviti hujung minggu kami bertambah menarik dan lebih mengeratkan hubungan keluarga kami. Kerana komitmen Ummi, Walid dan tak tinggal juga kakak `Iffah dan adik Fateh memberi dorongan kepada Fahmi untuk berusaha lebih lagi. Syabas anakku..





Banyak juga gambar Fahmi terpapar dalam poster dan iklan yang dibuat oleh Excel Qhalif..hehehe..fotogenik kata mereka...







Terima kasih atas teguran dan nasihat dari Mak Tok, Cik Ani (pengasuh Fahmi dan Fateh), Dr. Nazim (Pakar kanak2 di Az-Zahrah), Dr. Wan Azlina, Dr. Zurina, Dr. Suryani, Dr. Dayang, dan Kak Nita, Cikgu Bibah, Cikgu Hajar dan Datin,Teacher Ayu serta semua bloggers yang Ummi pernah terbaca entry mengenai anak-anak yang ada masalah speech delay. Ummi doakan agar Fahmi akan terus berjaya dan menjadi anak yang soleh ya! Amin... 



Selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan....!




2 comments:

  1. terharu baca kisah akak...ujian utk kita kan kak..mcm saya, still xder rezki utk dpt anak.. subhanallah, disebaliknya semestinya tersemat hikmah2 yg kita pun x jangka kan :). semoga akak n femli sentiasa di bawah rahmatnya and smeoga akak menjadi seorang ibu muslimah yg kuat cay :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dik..betul tu, setiap orang ada ujian masing-masing dan kita tak boleh kata kita bernasib malang. Ada hikmah besar disebaliknya..

    Sabar dik, teruskan usaha, jika diizin Allah ada rezeki adik untuk menimang cahaya mata kelak. Perancangan Allah MAHA BIJAK dan MAHA ADIL.

    Allahuakbar!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...