Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 18, 2012

Anak tak suka makan



Ummi kongsikan di sini artikel ini kerana Ummi juga sebahagian ibu bapa yg risau akan anaknya yang tidak suka makan. Terutama Fahmi. Dari kecil makannya memilih. Tak suka nasi, tapi suka makan ikan, cuma time nak makan je boleh tengok dia berselera dan makan banyak. Waktu lain dia tak kisah langsung nak makan. Janji dapat minum susu. 

Itu masa Fahmi belum tadika. Alhamdulillah lepas mula tadika dia nampak lebih fleksibel dalam pemakanan, masih memilih tapi kira Ok sangat berbanding dulu. Mungkin faktor melihat rakan-rakannya makan makanan yang sama jadi dia terpaksa ikut makan sekali. :)

Satu masalah yang selau dikemukakan di Klinik Kanak -kanak oleh ramai ibu -ibu ialah anak mereka tidak suka makan. Keluhan seperti ' bentuk badannya yang terlalu kecil ' , ' susah nak beri dia makan ' , ' puas saya mengikhtiarkan supaya dia lebih minat makan tetapi tidak berjaya ' , ' badannya terlalu kurus ', selalu di dengar.
Ibu bapa berasa sangat gelisah dengan keadaan anak yang kelihatan kurus , tetapi kebanyakan kanak -kanak seperti ini didapati sangat aktif dan kesihatan mereka jarang sekali terganggu.
Saiz kanak -kanak pasti berbeza. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti baka dan persekitaran. Saiz dan bentuk badan seseorang kanak -kanak itu mungkin mengikut bentuk ibu atau bapanya. Tetapi adakalanya juga kanak -kanak itu telah terencat tumbesarannya dalam peringkat janin lagi dan oleh itu dia dilahirkan lebih kecil daripada biasa. Keadaan ini yang di panggil small for dates akan menyebabkan kanak -kanak ini lebih kecil saiz atau bentuk badannya apabila dia meningkat dewasa walaupun dia beri tahap pemakanan yang memuaskan. Seterusnya , ada pula kanak -kanak yang normal yang terlalu kecil kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang terlalu besar daripada kanak -kanak lain. Walaupun kedua -dua kumpulan kanak -kanak ini adalah sihat belaka .
Jika kanak -kanak itu menghidap jantung atau penyakit -penyakit yang berpanjangan seperti cirit -birit , penyakit infeksi di buah pinggang , penyakit barah seperti leukemia dan sebagainya tumbesarannya mungkin terbantut. Itulah sebabnya ibu bapa khuatir kalau -kalau anak -anak mereka itu menghidap sesuatu penyakit yang menyebabkan bentuk badannya kelihatan kurus.
Seseorang bayi sehingga empat bulan mendapat keperluan kalori untuk membina badannya daripada susu sahaja. Tetapi semakin dia membesar susu sahaja tidak akan mencukupi ; dia memerlukan bahan besi , dan ini yang tidak banyak didapati didalam susu. Makanan peralihan ( weaning food ) adalah perlu untuk memberikan kalori yang mencukupi. Kalau kita meneliti tumbesaran seseorang kanak -kanak dari kecil jelas bahawa timbang beratnya tidak sentiasa sahaja naik dari masa ke masa. Di bawah usia satu tahun biasanya tumbesaran seseorang bayi itu adalah pesat tetapi dari satu tahun hingga peringkat remaja timbang berat kanak -kanak itu ada masanya naik dan ada masanya turun kalau dilihat dari seminggu ke minggu yang lain. Tetapi kalau timbang beratnya di catat sekali setahun timbang beratnya tentu akan kelihatan bertambah. Memang selalu terdapat di klinik kanak -kanak dimana seseorang kanak - kanak itu dalam peringkat atas dari satu atau dua bulan walaupun keadaan kesihatannya tidak terjejas tetapi ketinggiannya jelas lebih meningkat. Tetapi bagi seseorang ibu yang khuatir tentang bentuk badan anaknya yang kurus situasi ini akan lebih mencemaskan.
Seseorang bayi mengharapkan ibunya untuk menyusukannya dan memberinya makan setiap masa. Semakin dia besar, boleh berjalan dan menunjukkan minat tentang perkara-perkara dipersekitarannya , dia mungkin tidak suka diganggu apabila dia menumpukan perhatiannya kepada sesuatu permainan. Pada peringkat inilah ibu bapa selalu mengatakan yang anak mereka degil dan tidak mahu makan. Ada ibu- ibu yang kadang - kadang memaksa anak - anak mereka minum susu atau makan. Konflik selalu berlaku hingga memburukkan keadaan. Pengamatan seseorang ibu tentang  saiz anak - anak berbeza. Ada ibu - ibu yang merasakan yang anak mereka tidak membesar walaupun jelas pada pandangan doktor yang persepsi itu tidak benar dan ini perlu ditegaskan oleh doktor supaya konflik seperti ini dapat dikurangkan. Dengan perubahan sikap dan caragaya keibubapaan dengan sendirinya kanak - kanak itu akan kurang membantah apabila dia diberi makan. Ibu bapa perlu mengetahui yang anak - anak mereka mempunyai caranya yang tersendiri di mana kalau dia lapar dia sendiri akan meminta atau mengambil bahan - bahan makanan yang terdapat di persekitaran tampa ibunya sendiri mengetahui.
Seseorng doktor yang menilai kanak - kanak yang dikatakan tidak mahu makan akan mengambil riwayat yang tertentu dari ibu atau bapanya. Kanak - kanak yang sihat biasanya aktif dan rekod tumbesarannya yang dilihat dari carta tumbesaran ( growth chart ) menunjukkan kadar pertumbuhan yang memuaskan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak - kanak itu tidak menunjukkan apa - apa abnormaliti. Ini akan meyakinkan doktor yang kanak - kanak itu sihat dan tidak memerlukan apa - apa ujian yang terperinci atau rawatan yang spesifik.
Kebanyakkan kanak - kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan adalah termasuk dalam lingkungan ini. Ibu bapa setelah diyakinkan yang anak - anak mereka tidak menghidap apa - apa penyakit akan dapat mengubahsuaikan cara 'parenting ' yang digunakan supaya lebih positif seperti mengalakkan kanak - kanak memakan makanan yang berzat dan tidak selalu memaksa anak - anak mereka makan.
Sebaliknya seseorang doktor perlu juga mengawasi kanak - kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan itu untuk memastikan yang dia tidak menghidap sesuatu penyakit. Tanda - tanda seperti demam , timbang berat yang berkurangan , keletihan , pengeluaran najis yang tidak normal seperti yang berdarah , sakit perut , sakit bila kencing dan sebagainya perlu diteliti. Ini mungkin memerlukan pemeriksaan yang terperinci seperti ujian - ujian darah atau pemeriksaan pancaran X untuk mengenal pasti penyakit - penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak - kanak itu.
 Kanak - kanak yang dikatakan kurang makan perlu dibawa dari masa ke masa ke klinik supaya kadar tumbesarannya dapat di awasi. Timbang berat serta ukuran tingginya akan dicatatkan pada rajah tumbesarannya. Ibu bapa pula mestilah mengawasi anak - anak mereka di rumah dan melaporkan kepada doktor jika terdapat perubahan pada anak - anak mereka.
Ramai pula ibu bapa yang memberi anak - anak mereka bitamin untuk mendatangkan selera. Lazimnya bitamin - bitamin ini tidaklah perlu kecuali jika ada tanda - tanda yang anak itu kekurangan bitamin. Tetapi ada kalanya juga ibu bapa mereka memberi "appetizers " seperti Periactin yang boleh dalam beberapa kes mempengaruhi pusat selera didalam  hypothalamus di dalam otak kanak - kanak menyebabkan kanak - kanak itu makan dengan lebih sehingga berat badannya naik. Tetapi lazimnya berat badannya turun naik apabila ubat ini diberhentikan. Pakar - pakar kanak - kanak biasanya tidak menyarankan ubat seperti ini digunakan kerana kebanyakan kanak - kanak yang sihat yang dikatakan kurang berselera akan pulih seleranya tanpa diberi apa - apa rawatan khas.

No comments:

Post a Comment