Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 19, 2013

Menjejaki Bumi Melbourne (Bahagian 1)

Asslamu`alaikum wrh wbt.

Tahun 2013sudah pun menjengah hampir sebulan...Ummi dan rakan-rakan sekumpulan pun kembali menjalani kehidupan seperti biasa namun dengan azam dan semangat yang baru untuk tahun baru ini.
24 Nov-1 Dis 2012 menjadi kenangan indah buat Ummi dan 5 lagi pegawai sains lain walaupun hanya singkat dan belum tentu bila akan menjejaki bumi Melbourne, Victoria, Australia lagi.

Kami terpilih sebagai kumpulan yang mendapat markah tertinggi dalam pembentangan proposal bagi menyertai program UPMTOP (UPM talent outreach program) yang buat julung kalinya dibuka peluang kepada staf bukan akademik pada tahun lepas. Alhamdulillah...keputusan last minute yang kami terima dan dalam masa 3 minggu sahaja kami terpaksa menempah tiket Air-Asia (demi mencukupkan bajet yang telah diluluskan) dan menghubungi semula pihak universiti dan institut penyelidikan yang pernah kami hubungi beberapa bulan sebelum itu. Delagasi kami fokus kepada penandarasan makmal dan penyelidikan fakulti kejuruteraan di universiti terkemuka dunia dan kami memilih Melbourne memandangkan di sini terdapat banyak institusi pendidikan dan berada tidak begitu jauh dari Malaysia. Nilai Ausie Dollar pada masa itu pun menyamai RM3.24 duit malaysia,jadi bagi kami insyaAllah kami boleh survive dgn RM20K++ untuk kami berenam selama seminggu di sana.

Kapal terbang bertolak jam 10.30 malam dari LCCT. Malam tu Walid, Fahmi dan `Iffah yang hantar Ummi ke lapangan. Sempat makan Marrybrown lagi. Naik je kapal terbang Ummi dah tak lapar wlpn dah tempah kids menu untuk supper. =)

Anak dara Ummi sorang ni




Dah sampai dah


Setibanya kami di Melbourne, waktu ketika itu adalah menghampiri pukul 5 pagi di Malaysia tetapi di sana lebih kurang 7.30 pagi dah. Sebelum landing Ummi dah minum kopi siap2 sebab nak elak mengantuk gara2 jet lag. Syukur kepada Allah, kami berenam menaiki sebuah van sewa dan dibawa terus ke Coburg, homestay kami di sebuah rumah keluarga Malaysia yang sedang belajar di sana. Kami disambut mesra oleh keluarga Encik Bad dan isterinya Kak Amy serta sepasang anak mereka yang lincah.

Van yang kami sewa dari airport ke homestay

Rumah ni cantik dan klasik. Nilainya Ausie Dolla 1M!

Ini anak perempuan tuan rumah. Sangat comel!

Selepas sarapan, ketua kami Izhwan mengajak kami ke Victoria Market di Melbourne City untuk mencari cenderahati di sana. Kami menaiki Trem, sebuah pengangkutan utama untuk ke bandar. Tambang sebanyak $6.70 sekali bayar dan boleh naik ke mana-mana sekitar Zon 1 sepanjang hari. Sepanjang perjalan ini Ummi sempat rakamkan beberapa keping gambar menarik untuk koleksi peribadi.

Trem..sebelah kanan tu tempat beli tiket. Tapi mulai tahun ni mereka pakai kad Myki untuk semua jenis kenderaan awam. Macam kad Touch N Go, boleh top up di tempat2 terpilih.

Depan Victoria Market..Penuh beg Ummi dengan cenderahati untuk orang Malaysia



Trem

Unik betul kereta ni

Di sana ramai pejalan kaki dan yang menaiki basikal pun ramai

Bangunan-bangunan unik dan kreatif pun banyak

Kami berkesempatan bertemu dengan Encik Anuar Shah, staf UPM di Pejabat Pendaftar yang sedang membuat PhD  di sini. Beliau banyak memberi panduan kepada kami dan berkongsi pengalaman selama beliau berada di sini.

Khairy-phographer kami dan yang kanan ni Azzlia

Azzlia, Ummi dan Suhaili

En. Anuar Shah sebelah Suhaili, Izhwan dan yang tak nampak muka tu Zamzuri


Berakhirnya perjalanan kami pada hari pertama di bumi Melbourne.
Pada malam harinya kami dihidangkan dengan menu nasi ayam (ayam bakar) siap dengan sos lada hitam...dah macam menu kenny rogers dah rasanya...sedap....pandai betul tuan rumah masak. Actually kami bayar sewa bilik (satu bilik lelaki dan satu bilik perempuan) beserta makanan pagi, tengahari dan malam dengan harga yang amat berpatutan.

Nak cerita sikit pasal bilik air mereka, tiada air paip kecuali di bilik mandi. Di bilik mandi pula tiada saluran air di lantai kecuali dalam tub mandi. So kami perlu pastikan lantai sentiasa kering dan dimop selalu.

Pengalaman pertama tidur dalam kesejukan (dalam selimut tebal) kerana suhu pada masa ni dalam sekitar 15-20 oC. Musim bunga telah berada di penghujung dan musim panas akan menjengah pada bila-bila masa sahaja. Walaubagaimanapun Victoria terkenal dengan cuacanya yang tidak menentu. Mana tidaknya, menurut tuan rumah, dalam musim bunga pun suhu pernah mencecah 40 oC..wah..panas betul...

Esok hari kami akan melalui hari yang mencabar dan meletihkan, maka malam ni kami perlu berehat secukupnya....wassalam..