Syukur ke hadrat Ilahi..Ummi dah masuk 33 minggu..tak lama lagi anak-anak Ummi bakal mendapat adik baru, insyaAllah..
Hamil kali ini berlainan sedikit--letih nya lebih-lebih terasa. Mungkin kerana faktor umur yang telah pun mencecah 30-an. Ada juga rungutan yang sama daripada kawan-kawan Ummi yang rata-rata hamil kali ke-3 atau ke-4. Ummi sengaja tak amalkan sangat pengambilan supplement yg konvensional kerana yakin pemakanan sunnah lebih baik dari itu. Stok Habbatussauda jenama Baraka yang MakNgah jual (dari Mesir) amat sukar diperoleh, maka Ummi makan yang dari Syiria pula (Minsyam). Ini yang MakNgah jual sekarang:
|
RM 12/packet, 20 biji |
Selain itu juga Ummi amalkan minum Madu dan juga Jus Delima:
|
Madu Al-Shifa RM23++ sebotol |
|
Pati Delima RM15 sebotol |
Semua ni MakNgah yang tolong belikan. Lagi satu susu kambing Hijjaz:
|
RM42++ sebotol |
Ummi bukan nak jual, tapi harga di atas adalah sebagai panduan jika sesiapa berminat nak survey. Tapi kalau nak pesan, MakNgah boleh tolong carikan.
Ha...apa persiapan sebelum bersalin ye? Kali ni mungkin baby boy lagi, tapi Ummi teringin sangat nak ada barang2 warna pink, maka inilah hasilnya minggu lepas:
|
Diaper bag |
|
Diaper bag-inside |
|
Set tilam dan bantal-semua recycle |
Begitulah sedikit sebanyak..doakan Ummi dan baby sihat ye? Kita juga digalakkan untuk mengamalkan bacaan beberapa surah tertentu:
Okey..selamat menyambut Tahun Baru 1435 Hijriah..Salam Ma`al Hijrah....!
Salam kak...semoga kelahiran lancar dan dua dua sihat.
ReplyDeleteTq Fatimah! Doakan akk mudah bersalin ye
Delete