Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 5, 2013

Anniversary and False Labor Signal

Salam ceria pagi Jumaat!!!

Ada cerita lucu yang Ummi nak kongsikan hari ini.

Semalam adalah ulangtahun perkahwinan Ummi dan Walid yang ke-9 (ikut kalendar Masehi la, Kalendar Hijriah nye pada 12 Syawal lalu). So, Walid plan nak bawak Ummi pergi dinner lah malam tadi. Disebabkan Ummi sampai rumah pun dah maghrib, Walid pun sama, maka kami ambil `Iffah dan adik-adik agak lewat daripada rumah Cik Ani.

Pukul 8 malam kami bawa anak-anak ke rumah Makcik di Flat Sri Cempaka, tumpang sekejap la kan, kasi peluang Ummi dan Walid nak dating (macam biasa..). Tapi Ummi dah rasa tak sedap hati, sebab dari tadi pinggang dok sakit dan perut asyik mengeras, cuma tak konsisten. Lalu Ummi pack siap-siap baju, pampers, buku, untuk anak-anak Ummi.

Dalam hati Ummi bisik, "Tenang Hasni...makan dulu..monitor contraction time dulu.."

Dalam kereta, `Iffah yang mamai kerana tertidor di rumah Cik Ani tadi tanya, "Ummi nak pegi mana...?", maka Ummi pun explain lah yang hari ni ulang tahun perkahwinan Ummi dengan Walid, Walid nak belanja Ummi makan malam..`Iffah dan adik2 tinggal di rumah Nek Cik sekejap ye. Lagipun `Iffah takde Daurah esok, nak tidor sana pun boleh. Makcik Dayah pun ada.

Ok, lepas hantar, kami pun ke Little White Cafe, tempat ni memang special, ada fine dining. Tapi bimbang tak sempat, mana tau memang dah nak bersalin, Ummi order Hot Choc with Marshmallow dan Vegetarian Pasta. Sedap....
Sepanjang makan, Ummi monitor timing...hmm....semakin konsisten 10 minit sekali kontraksi. Alamak! betul ke nak bersalin dah ni? Ummi rasa tak bersedia...lalu cakap dengan Walid, tak boleh lama ni..nak balik solat isyak dulu, hantar susu ke Makcik, jumpa mak dulu, baru pergi Az-Zahrah. Sambil cakap, air mata keluar..huhu..takut semua ada, sebab rasa mcm letih sangat.

Walid dengan tenang cuba buat Ummi cool..kesian juga kat Walid, tak dapat borak banyak dan menikmati dinner dengan sempurna. Ummi cuba makan dan tenang sebaik mungkin. Yang best nya, tokey kedai ni, Pn Faizah layan kami first class! Tanya nak tambah dessert? Sebab Walid dah beritahu dia awal-awal yang kami sedang sambut Anniversary! So dia suggest menu utk Main Course dan Dessert. Ummi pilih Pavlova!


Wah...sedapnya..lama dah teringin..tq Walid! Love u so much! Kami share sorang separuh.


Hm...ngilu di bawah mula terasa. OK jom!


Sebelum pulang tokey kedai tu ucapkan Happy Anniversary and have a great night!

Dalam kereta, Walid cakap dengan Ummi "Takpe..abang ada...baca "Robbi Yassir Wala tu Assir".

............................................

Sesampai di rumah, Ummi solat, dan minta Walid ambil anak-anak dari rumah Nek Cik, tukar plan! Sebab Nek Cik SMS kata Fateh gaduh nak balik! Ok, kena hantar ke rumah Mak Tok ni.

Sementara tunggu mereka pulang, Ummi menangis semahu-mahunya, solat sunat, minta ampun, diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan bersalin.

Lepas tu Ummi capai penyapu, sapu sampah sikit di ruang tamu. Buang sawang sikit2 di bilik, bilik air, dapur. Nanti Mak Tok nak jaga Ummi, kena selesakan sikit rumah. Lagipun Ummi nak mudahkan jalan untuk baby keluar.

Makin lama kesakitan dan kontraksi berkurangan...pulak!

Setelah semua sampai, Walid tanya Ummi macam mana? Ummi kata dah tak sakit, nak rehat dulu la. Walid pun suruh Ummi rehat dan tidur dulu. Dia dalam mode Standby.

Kesian kat Walid, dia teman Ummi semalam takut2 sakit datang kembali.

Oklah...akhirnya kami dapat lelap sampai pagi...sementara malam tadi dihidangi suara Fahmi dan Fateh bermain-main tengah malam, masih aktif, Ummi tak larat nak teman dah.

...............................................

Pagi-pagi, Ummi bersiap nak ke tempat kerja. Sempat lagi pack baju-baju terpakai untuk mangsa banjir pantai Timur. Walid terkejut. Kerja ke?!

Ummi berkeras nak kerja walaupun Walid nasihatkan agar cuti sahaja. Ummi dah apply cuti minggu hadapan, jadi hari ni adalah hari terakhir Ummi kerja, insyaAllah. Ummi nak habiskan cuti yang berbaki.

Begitulah kisahnya...

Oklah, Ummi nak sambung buat kerja ni. Sambil mendengar ceramah Ustaz Haslin Bollywood dan Ustaz Azhar Idrus..   :)





No comments:

Post a Comment