Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 22, 2013

Confinement period @ tempoh berpantang

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah Ummi kini dgn rasminya bergelar ibu kepada empat orang anak. Selamat sudah melahirkan bayi lelaki yg sangat comel dan handsome pada 9 Disember 2013, jam 1.16pagi, 4 hari selepas anniversary kami. Kini Ummi dan baby yg diberi nama Raja Ammar Furqan sedang melalui tempoh berpantang..





Biasanya Ummi pantang 50 hari. Cukup 50 hari baru boleh keluar rumah. Tapi makan tetap dijaga,yg sejuk, yg kembang mcm laksa,mi tak makan lg. Sbb penyusuan masih berterusan.


Namun, tidak jejak tanah langsung dalam tempoh ini sudah tidak relevan pada zaman ini. Mana tidaknya, disebabkan oleh demam kuning @ Jaundice, maka terpaksa juga ibu-ibu yg di dalam pantang ini keluar rumah kerana perlu membawa bayi ke klinik untuk diambil darahnya dan semak bacaan billirubin. Hm... ramai sgt ibu-ibu ini di klinik yg Ummi jumpa setiap kali ke Klinik Kesihatan Bangi. Kasihan melihat mereka (dan kasihan pada baby Ammar Furqan juga). Semoga baby Ummi cepat sembuh ye.

Ok, Ummi tak nak cerita pasal Jaundice, tp tentang penjagaan semasa berpantang. Kali ini Ummi pantang di rumah bersama anak-anak. Seminggu dijaga oleh Walid,sambil dijaga juga oleh Maktok yg akan dtg full day jika tak berniaga, dtg petang jika berniaga. Maktok akan masakkan lauk Ummi. Hidangkan makanan setiap kali waktu makan. Dilakukan perkara yang sama oleh Walid pada shift pagi dan juga malam.

Rutinnya lebih kurang begini:

7.00 pagi - bakar tungku, rebus air mandian yang mengandungi daun herba utk ibu seperti daun serai wangi, pandan, inai, sirih dan rebus  air mandian bayi yang terdiri daripada daun dukung anak, daun inai dan daun belimbing (untuk atasi kuning)

7.45@8.00 pagi - ikat batu tungku bersama daun mengkudu dan pandan, Ummi pun bertungku sahingga batu sejuk

9.00 pagi - Ummi mandi air rebusan tadi, siap-siap pakai bengkung, dan sarapan minum Milo bersama roti fiber atai biskut fiber atau biskut kepala lutut (tau tak biskut apa ni? org kedah panggil biskut keras ni dgn nama tu)

10.00 pagi - Baby pulak mandi dengan air rebusan dia

11.00 pagi - Masak ikan yg Maktok dah siang dan basuh, samada ikan selar, bawal putih, tenggiri atau ikan merah. Ia dibakar atau rebus dengan bawang putih dan halia. Kalau tiada lauk, ikan bilis goreng tanpa minyak dah ada standby, boleh makan dgn nasi panas dan serbuk lada hitam. Oh ya, nasi pun sedia dimasak.

12.00 tghr - Ummi makan bersama segelas air panas (kena betul-betul panas baru best! sbb klu nasi kering sgt,air masak ni la disulam menjadi kuahnya..hahaha)

lepas ni boleh lah berehat .......

4.30@5.00 ptg - Ummi minum petang, sama je mcm sarapan. Masa ni dah boleh bakar tungku.

6.00@7.00 ptg - Ummi bertungku lagi. Lepas tu, baby pulak dituam dengan bunjut jintan hitam@ biji habbatussauda. Haaa..baby pun kena tungku. Kalau siang sempat, boleh ditungku lepas mandi.

8.00 mlm - Ummi makan malam, biasanya panaskan lauk yg sama dgn waktu siang tadi. Cuma masak nasi je.

Dah boleh rehat dan tidor ........

Ideally nya begitulah.

Menu nasi bersama ikan selar rebus
Dapat Makan dengan buah oren memang best!
Menu nasi dengan Tenggiri bakar dan Lada hitam
Ingin ditekankan di sini, org yg menjaga org berpantang ni kena kuat semangat. Sebab dia bukan jaga ibu nya saja, juga si baby dan dalam masa yg sama kena basuh baju baby, baju ibu, baju ayah, baju anak-anak lain. lepas tu kena jemur. Kena sapu sampah, kemas rumah, buang sampah. lipat kain. Masak juga utk ahli2 keluarga lain yang tidak berpantang. Kena sambil-sambil tengok anak-anak lain yang suka kacau si baby dan ibu. Hm....bukan kerja ringan ye.

Nak tak nak, masa Walid bekerja, dan Maktok juga berniaga, Ummi kena tambah semangat untuk mengurus diri dan bayi, dan terkadang gagahkan diri utk uruskan beberapa kerja rumah dan anak-anak. Tapi masa ni kira dah lepas tempoh kritikal la, drpd pembacaan tempoh kritikal adalah dalam masa 10 ke 14 hari.

Walaupun badan nampak sihat dan kuat, tapi Ummi tawakkal kpd Allah sbb Ummi tahu hakikatnya badan ini perlukan masa untuk betul-betul sembuh terutama bahagian dalaman. Sebab orang dulu-dulu percaya 44 hari adalah masa yang diperlukan utk ibu berehat drpd rutin harian supaya lepas pantang mereka boleh kembali kepada bentuk badan yang asal, boleh mengurus rumah tangga dengan badan yang sihat segar bugar. Waktu ini juga ada sesetengah ibu dah kering dari nifasnya.

Jadi, Ummi harap para suami di luar sana,janganlah ambil mudah penjagaan selepas bersalin ye. Kerana anda ingin hidup lama dengan si dia.

Doakan Ummi dan Baby Ammar Furqan cepat sembuh ya!


No comments:

Post a Comment