Tuesday, March 11, 2014

Real Labour

Ahad, 8 Disember 2013

2.30pm;

Keadaan normal, Ummi buat kerja rumah mcm biasa. Seusai melipat kain baju yang agak banyak, Ummi ke bilik air untuk berwudhu dan solat Zohor. Namun sesuatu mengejutkan Ummi....seluar basah! Ingatkan peluh sgt banyak sbb dari pagi tak henti-henti buat kerja rumah. Ummi standby pakai pad besar, bimbang pula ia disebabkan perkara lain.

4.30pm;

Ummi ke bilik air lagi untuk bersiap-siap solat asar. Alamak! basah lagi! Hm...ini mcm air ketuban. Ok jangan panic! Pakai pad..hm..nampaknya tak lama dah ni.

7.30pm;

Ummi duduk di katil,cuba menenangkan diri..bagaimana jika malam ni juga bersalin? Ya Allah..berikanku kekuatan..Robbi Yassir Wala tu assir...

Tiba-tiba Ummi terbatuk dan pop! Alamak, air keluar tak henti-henti..apa ni? Terus ke tandas, tak berhenti juga..sah lah air ketuban! Ok, ambil pad paling besar,ambil wudhu, bagitahu Walid,minta tlg bersiap,Ummi solat kejap!

Lepas solat,keadaan jadi kelam kabut. Semua org sibuk siapkan baju masing-masing sbb kene tinggal di rumah maktok. Ummi pun siap-siap ambil kurma,air zam-zam dan beg yg dah tersedia. Walid pun tak ketinggalan mengemas apa yg patut.Ok semua dah masuk kereta, jom!

Sampai di rumah Maktok,Ummi keluar juga untuk salam dan minta maaf daripada semua yg ada di rmh Maktok. Sangat kelam kabut sbb semua terkejut,dgn kain yg mula basah tu Ummi blh lg berjalan-jalan.

8.20pm;

Kami tiba di hadapan Hosp. Az-zahrah ketika azan Isyak berkumandang. Umi dibawa dengan wheelchair melalui laluan kecemasan. Kain dah separuh basah. Ummi minta maaf dgn staf hosp kerana keadaan yang dah basah. Mereka kata tidak mengapa. Tiba di tingkat 2, terus masuk bilik CTG, mereka pantau contraction dan degupan jantung baby. Sementara itu Walid tunaikan solat Isyak di bilik yg sama, atas permintaan Ummi. Kali ini Ummi memang tak mahu berjauhan dengan Walid. Pengalaman bersalin yang lepas-lepas semakin kuat bermain di fikiran. Namun kali ini pasti berbeza kerana tidak pernah sekali pun ketuban pecah sendiri sebelum ini. Nampaknya satu permintaan Ummi telah Allah kabulkan. Syukur.

Nurse masuk lagi, Ummi minta izin untuk solat isyak dahulu sebelum mereka cek bukaan servik. Mereka beri Ummi pakaian untuk ditukar siap-siap kerana kata mereka memang kene bersalin mlm ni juga.OK! Ummi pun ke tandas yg ada di dalam bilik yg sama, bersihkan diri dan berwudhu. Lalu duduk di atas katil menghadap kiblat,atas saranan Nurse. Walid pun bantu Ummi pakaikan telekung dan sarung kaki.

Oleh kerana terlalu lama Ummi solat, Nurse ketuk pintu,tanya dah ke belum. Ummi pun panggil mereka masuk. Setelah di cek, bukaan baru 5cm, namun servik sudah nipis. Jadi kena masuk Labour Room terus di tingkat 1. Ok, this is it!

.........................................................

~10.45pm;

Ummi sempat hantar whatsapp kpd group KKA team (pensyarah KKA), Tech KKA (Technical KKA) dan beberapa kenalan untuk mohon maaf dan doa. Sempat juga melaporkan apa berlaku dan berbalas whatsapp dgn Dr. Dayang, Dr. Zurina, Dr. Shafreeza, Dr. Intan, Dr. Rozita, Dr. Fizah dan beberapa lagi masa tu. Hmmm lambat pulak rasanya nak tunggu betul-betul sakit. Betul kata org, keluar tanda air dulu tak sakit berbanding keluar tanda darah. So, menunggu lah kami, drpd flow water drip (induce) tu 4,dinaikkan kpd 8.Ummi pandang muka Walid masa Nurse tanya nak ubat tahan sakit tak,sbb dia terpaksa kuatkan induce supaya progress cepat sikit. Ummi mengharapkan simpati dan keputusan Walid sbb tak sanggup nak tunggu lagi,mengantuk! hahaha

~11.45pm;

Ummi semakin mengantuk,kesan ubat tahan sakit. Fokus makin hilang. Kesakitan demi kesakitan yang Ummi pernah rasa semakin berlalu. Dalam diam Ummi berdoa dan berbisik kpd bayi "Baby..kamu jalan perlahan-lahan sampai di pintunya, masa tu kepala kamu dah nampak, maka Ummi akan teran. Teran sekali je, kamu keluar OK?" Ummi harapkan kali ni dpt bekerjasama dgn baby mcm yg diterapkan dlm Hypnobirthing dan Hypnobabies.


Isnin, 9 Disember 2013

Kira-kira hampir jam 12 lebih Ummi minta Walid panggil Dr Fazlina walau berkali-kali nurse minta Ummi teran dahulu (mungkin masa tu Dr.dengan patient di bilik sebelah). Bila Dr. datang, Dr.kata kepala dah nampak,Walid pun dengan senyuman memberi semangat kepada Ummi "Ya, dah nampak kepala". Dengan kata-kata semangat daripada 3 org nurse (termasuk seorang midwife) dan Dr., Ummi yg tengah mamai cuba teran sekali tapi nafas pendek (sebenarnya tak ingat dah mcm mana nak teran sbb ngantuk giler). Kali kedua dah tahu mcm mana Ummi cuba lagi dan sempat curi nafas utk keluarkan baby sepenuhnya dan ALHAMDULILLAH,SUBHANALLAH berulang-ulang kali Ummi sebut sebab mcm tak percaya baby dah keluar dan kesakitan terus hilang!


..........................................................

Thank you Allah! ucapan yang tak cukup diungkap hanya dengan kata-kata, betapa syukur nya Ummi ke hadrat Ilahai atas segala kurniaan dan nikmat tak terhingga. Betapa besar hikmah Allah memberi peluang kepada Ummi untuk mengandung dan melahirkan bayi lagi. Terima kasih Allah.

Kepada suamiku yang tak putus-putus berdoa dan melayan karenah isterimu ini, kuucapkan jutaan terima kasih ye sayang. Hanya Allah yang layak membalas budimu. Terima kasih kerana sentiasa di sisi di saat ku memerlukan mu (cewaaaah!).

Terima kasih Mak kerana berpenat lelah menjaga Kaklong sepanjang pantang. Walaupun kali ni Mak terpaksa kadang-kala berjalan kaki ke rumahku, Mak sanggup, demi anaknya dan cucu-cucunya.
Tiada pengorbanan paling besar melaikan pengorbanan seorang ibu.

Ummi sayang semua! 'Iffah pun dah pandai jaga adik-adik, Ummi kagum. Terima kasih ye 'Iffah.


Wassalam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...