Sunday, October 19, 2014

"Kenapa Ummi suka berangan?"

Assalamualaikum anak-anak ummi dan pembaca sekalian..

Lama juga Ummi tinggalkan blog ni, maklumlah sejak beranak 4 ni Ummi jadi terlalu sibuk menguruskan rumahtangga dan di tempat kerja juga tak sempat nak buka. Ini ada masa terluang sikit (curi masa sikit bos, student tengah cuti ni, kami pun coti sekejap ek..).

Pagi tadi Ummi jadi huru-hara menyiapkan keperluan anak-anak walaupun sejak 6 pagi dah tercegat kat dapur. Allah..sebab nya dok basuh pinggan dan botol-botol susu furqan yang terendam sejak semalamnya. Ini lah akibat nya bila berjalan tanpa menyiapkan kerja rumah siap2! Malam tadi balik rumah tak lah lewat sangat cuma Ummi ngantuk lalu tidor awal, huhu.

OKlah, sekarang Ummi dah pandai membebel (adoi..mcm mana boleh pandai dah ni). Agaknya mmg dah tiba masa kot...10 tahun dah kahwin kan, lama-kelamaan potensi membebel tu dtg sendiri. Em..walaubagaimanapun Ummi cuba tahan dan lawan, sebab masa Ummi kecik-kecik dulu Ummi pun tak suka dengar Mak Ummi membebel. Caranya- buat perkara yang kene buat tu terus sebelum ditegur/disuruh oleh Mak, kalau tak...siaplah kene leter. Mungkin sebab 'Iffah dah semakin besar, Ummi penat cakap banyak kali tapi tak buat-buat kan? Tapi Rasulullah S.A.W pun dah ajar...didik anak ni kene cakap selalu, ulang-ulang kali. Terutamanya SOLAT. Kene cakap sampai anak itu dpt jadikan amalan tanpa disuruh. Disebabkan 'Iffah dah nak masuk 10 tahun, Ummi risau sangat kalau solat masih perlu disuruh/paksa..next year kalau masih malas2 kene rotan tau! Dulu arwah Tok Abah bawak rotan sampai keluar rumah kalau Ummi tak solat sebelum keluar main, malu tau!


Berbalik kepada tajuk di atas, 'Iffah selalu tanya "kenapa Ummi suka berangan?" bila Ummi ada cakap nak buat rumah jadi macam ni ke..macam tu ke..hehehe. Jawapan Ummi, mestilah, kita kene berangan dulu baru jadi kenyataan!

Ummi tengah berangan nak ada "Laundry Room". Sebabnya Ummi cukup rimas dan stress kalau jadi mcm pagi tadi. Dari depan ke belakang, dari bilik ke dapur..Ummi akan berlari-lari anak (iye ke?) untuk siap kan semua perkara berikut:

1. Masak bubur furqan (furqan tak suka makan bubur yg dipanaskan semula) dan masuk dlm bekas sebagai bekalan
2. Cari baju anak-anak utk digosok
3. Cari baju anak-anak untuk dilipat dan simpan dalam beg tadika/taska
(no. 2 dan 3 ni terjadi kalau baju tak berlipat dan tidak diasingkan awal2)
4. Basuh botol dan masukkan expressed breastmilk furqan ke dalam 4 botol
5. Gosok baju 'Iffah dan Walid (Baju Ummi biasanya klu kes mcm ni memang tak bergosok, dah standby beberapa baju yg tak perlu digosok)
6. Kejut 'Iffah bangun, suruh mandi, solat, bersiap
7. Masak air, buat susu Fahmiteh (Fahmi dan Fateh), buat air utk Walid dan 'Iffah (kalau sempat, tengah berazam mesti buat sarapan pagi2 walaupun buat masa ni dah terbiasa semua org tak sarapan di rumah)
8. Sidai kain
9. Tunggu semua keluar rumah dan tutup pagar.


Hahahaha...semua di atas ni lebih kurang je. Yang lain Walid tolong buat kan, kejut dan mandikan Fahmiteh dan pakaikan baju mereka. Lepas tu bawak mereka ke sekolah, beli Donat dan hantar ke Tadika dan Taska. Comel tak?

Jadi, untuk mengatasi masalah di atas, Ummi perlukan Laundry Room. (errrrr ada kaitan tak?) Em..fikir lah sendiri ye.
Ini laundry room ringkas yang diidamkan

Ini yang best jugak kalau dapat tapi tak kot..rumah besar boleh la

Tapi pengajaran dan kesimpulan yg Ummi dapat buat di sini adalah seperti berikut:

1. Siapkan bahan untuk masak bubur furqan dalam bentuk ice cube atau mudah diurus.
Contoh nya
   a.stok ayam dan daging Ummi dah bekukan siap2 dan simpan dlm storage bag.
   b.Carrot pulak Ummi beli baby carrot, lebih lembut, boleh digunting je, lebih manis
   c. ikan bilis putih dah digoreng dan blend siap2, tabur sebagai ganti garam
2. Make sure baju dilipat dan simpan dalam almari elok2, tak pun masa kutip tu, letak dalam bakul berasingan, baju Ummi Walid dlm satu bakul, baju 'ffah satu bakul dan seterusnya-->ini tips yg ramai kawan suggest kat Ummi. Nak best lagi baju sekolah disekalikan. (banyak nye bakul nak kene ade? Hm..Ummi tak suka bazir banyak2 bekas, so kene rajin lipat baju tau!)
3. Basuh baju dan sidai terus pada waktu malam
4. Cuba fikir, tulis dan sediakn menu sarapan seringkas mungkin untuk seminggu. (Actually fikir terus utk menu dinner utk seminggu jugak)
5. Wujudkan Laundry Room, supaya Ummi boleh bekerja di satu kawasan yg berdekatan. Ummi dah bayangkan kawasan belakang dapur tu (tempat Ummi sidai kain sebelum ni) boleh diletakkan iron board, supaya sambil memasak Ummi boleh menggosok baju, huish angan tak sudah ni. Takpe..yg penting ada cita2.
6. Baju Ummi yg tak perlu gosok kene ade at least 5 pasang, em...nak kene beli lagi neh (hahahah takkan sampai seminggu tak sempat gosok baju kot). Sebenarnya kalau weekend Ummi tak ke mana-mana, Ummi akan gosok baju semua org utk seminggu siap2.  
7. Kalau tak sempat basuh dan sidai baju, bawak pergi dobi--->Ini dah dua kali diamalkan, disokong oleh Walid sebab ini pilihan terbaik yg ada jika hari hujan atau tak sempat sangat. Basuh dan dry di Dobi. Kos setakat ini paling murah RM2.50 sekali basuh dan RM3 utk keringkan. Ini pusat dobi yang berdekatan sekolah 'Iffah di SRITI/SMITI. Lain-lain tempat biasanya RM3 atau RM4 sekali basuh
8. Basuh botol baby setiap hari, masukkan susu siap2 di malam harinya
9. Ummi kene makan supplement secara berterusan agar badan sentiasa cergas dan sihat.


 
Ruang makan yang disusun semula baru baru-baru ini
Ini dia Raja Ammar Furqan...budak cerdik yang pandai memilih makanan

Haish...Ummi-ummi..dah bertahun-tahun kahwin dan tak pernah ada maid pun, masih perlu muhasabah dan baiki pengurusan rumahtangga kan? Inilah sifat orang mukmin, perlu renung diri, kenali kesilapan diri dan terus baiki. Di samping mohon petunjuk daripada Allah, moga jalan kita disuluh oleh-Nya. Jika difikirkan kita memang tak mampu lakukan semua perkara sendirian, sebaik-baik penolong hanyalah Allah, kerana Dia yang memberikan dugaan, maka Dia jugalah yang tahu jawapan dan cara yang terbaik untuk sesuatu dugaan itu.

Oklah cukup setakat ini dahulu. Lain kali Ummi kongsi lagi ye. Di bawah ada gambar2 dari IKEA yang Ummi angan-angankan ada di rumah kita. Hehehehe...


Wassalam.
Para di atas katil

Bilik comel untuk anak-anak bujang. Dah 50% ada, cuma belum fully utilized, masih tidor bersepah-sepah

Bilik menjahit-macam takkan ada sebab semua bilik dah ada pemiliknya, tapi boleh diwujudkan dengan keazaman yang tinggi (hehehe)

Ini ummi jumpa dalam IG, bed frame yang di "make over" jadi tempat duduk/daybed. Ingatkan nak buat juga pakai bed frame yang dah lama tersandar di belakang rumah kita.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...