Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 10, 2011

Stok EBM

Salam semua...

Ummi curi masa sikit untuk update blog ummi. Sejak mula tahun 2011, Fakulti Kejuruteraan agak kelam kabut memulakan servis nya akibat perubahan prosedur ISO UPM yang baru di samping akan menerima lawatan EAC pada 18-19 Januari ni. Tapi bukan ini menjadi isunya di sini. Ummi mengalami kemerosotan stok EBM. Percaya atau tidak pada jumaat lepas ummi meninggalkan peti ais dengan "0" stok. Means stok EBM untuk Ku Fateh dah habis!

Sejak baca entry dari blog kawan ummi-Ayu, Ummi jadi bersemangat semula untuk menambah sesi mengepam. untuk capai 7-8 sesi tu belum lagi. cuma ummi cuba utk tambah sesi di tempat kerja ummi, dan curi2 masa di rumah lepas balik kerja dan waktu pagi. Ummi MESTI penuhkan balik freezer ummi (kerana ini boleh jd alasan utk ummi tak simpan stok ikan lama2 dalam peti).


Gambar2 ini memberi inspirasi kepada ummi: ini adalah stok2 kepunyan sarakids



"Ya Allah, bantulah hamba-Mu untuk lakukan dan berikan  yg terbaik kepada suami dan anak-anakku sebagai tandaku bersyukur atas semua nikmat-Mu." 

2 comments:

  1. salam,
    teruskan usaha untuk memberikan yg terbaik kepada anak2..Apa yg menariknya adalah nama anak kita sama..anak akak pun Ahmad Fateh..Cuma Raja tu je x de..Tapi dia dah besar...dan selalu berkata nama Ahmad Fateh jarang2 ditemui.

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Ida. Akak suka menjahit ye? Saya pun, cuma buat masa ni tak tumpukan sepenuhnya utk hobi ni. Jika ada kesempatan dptlah repair kain2 koyak, alter, atau jahit langsir je. Jahit baju kurung pun setahun sekali je. Saya dah jadi follower akak. Sila la jd follower saya ye. Selamat berkenalan..

    ReplyDelete