Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 18, 2012

Anak tak suka makan



Ummi kongsikan di sini artikel ini kerana Ummi juga sebahagian ibu bapa yg risau akan anaknya yang tidak suka makan. Terutama Fahmi. Dari kecil makannya memilih. Tak suka nasi, tapi suka makan ikan, cuma time nak makan je boleh tengok dia berselera dan makan banyak. Waktu lain dia tak kisah langsung nak makan. Janji dapat minum susu. 

Itu masa Fahmi belum tadika. Alhamdulillah lepas mula tadika dia nampak lebih fleksibel dalam pemakanan, masih memilih tapi kira Ok sangat berbanding dulu. Mungkin faktor melihat rakan-rakannya makan makanan yang sama jadi dia terpaksa ikut makan sekali. :)

Satu masalah yang selau dikemukakan di Klinik Kanak -kanak oleh ramai ibu -ibu ialah anak mereka tidak suka makan. Keluhan seperti ' bentuk badannya yang terlalu kecil ' , ' susah nak beri dia makan ' , ' puas saya mengikhtiarkan supaya dia lebih minat makan tetapi tidak berjaya ' , ' badannya terlalu kurus ', selalu di dengar.
Ibu bapa berasa sangat gelisah dengan keadaan anak yang kelihatan kurus , tetapi kebanyakan kanak -kanak seperti ini didapati sangat aktif dan kesihatan mereka jarang sekali terganggu.
Saiz kanak -kanak pasti berbeza. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti baka dan persekitaran. Saiz dan bentuk badan seseorang kanak -kanak itu mungkin mengikut bentuk ibu atau bapanya. Tetapi adakalanya juga kanak -kanak itu telah terencat tumbesarannya dalam peringkat janin lagi dan oleh itu dia dilahirkan lebih kecil daripada biasa. Keadaan ini yang di panggil small for dates akan menyebabkan kanak -kanak ini lebih kecil saiz atau bentuk badannya apabila dia meningkat dewasa walaupun dia beri tahap pemakanan yang memuaskan. Seterusnya , ada pula kanak -kanak yang normal yang terlalu kecil kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang terlalu besar daripada kanak -kanak lain. Walaupun kedua -dua kumpulan kanak -kanak ini adalah sihat belaka .
Jika kanak -kanak itu menghidap jantung atau penyakit -penyakit yang berpanjangan seperti cirit -birit , penyakit infeksi di buah pinggang , penyakit barah seperti leukemia dan sebagainya tumbesarannya mungkin terbantut. Itulah sebabnya ibu bapa khuatir kalau -kalau anak -anak mereka itu menghidap sesuatu penyakit yang menyebabkan bentuk badannya kelihatan kurus.
Seseorang bayi sehingga empat bulan mendapat keperluan kalori untuk membina badannya daripada susu sahaja. Tetapi semakin dia membesar susu sahaja tidak akan mencukupi ; dia memerlukan bahan besi , dan ini yang tidak banyak didapati didalam susu. Makanan peralihan ( weaning food ) adalah perlu untuk memberikan kalori yang mencukupi. Kalau kita meneliti tumbesaran seseorang kanak -kanak dari kecil jelas bahawa timbang beratnya tidak sentiasa sahaja naik dari masa ke masa. Di bawah usia satu tahun biasanya tumbesaran seseorang bayi itu adalah pesat tetapi dari satu tahun hingga peringkat remaja timbang berat kanak -kanak itu ada masanya naik dan ada masanya turun kalau dilihat dari seminggu ke minggu yang lain. Tetapi kalau timbang beratnya di catat sekali setahun timbang beratnya tentu akan kelihatan bertambah. Memang selalu terdapat di klinik kanak -kanak dimana seseorang kanak - kanak itu dalam peringkat atas dari satu atau dua bulan walaupun keadaan kesihatannya tidak terjejas tetapi ketinggiannya jelas lebih meningkat. Tetapi bagi seseorang ibu yang khuatir tentang bentuk badan anaknya yang kurus situasi ini akan lebih mencemaskan.
Seseorang bayi mengharapkan ibunya untuk menyusukannya dan memberinya makan setiap masa. Semakin dia besar, boleh berjalan dan menunjukkan minat tentang perkara-perkara dipersekitarannya , dia mungkin tidak suka diganggu apabila dia menumpukan perhatiannya kepada sesuatu permainan. Pada peringkat inilah ibu bapa selalu mengatakan yang anak mereka degil dan tidak mahu makan. Ada ibu- ibu yang kadang - kadang memaksa anak - anak mereka minum susu atau makan. Konflik selalu berlaku hingga memburukkan keadaan. Pengamatan seseorang ibu tentang  saiz anak - anak berbeza. Ada ibu - ibu yang merasakan yang anak mereka tidak membesar walaupun jelas pada pandangan doktor yang persepsi itu tidak benar dan ini perlu ditegaskan oleh doktor supaya konflik seperti ini dapat dikurangkan. Dengan perubahan sikap dan caragaya keibubapaan dengan sendirinya kanak - kanak itu akan kurang membantah apabila dia diberi makan. Ibu bapa perlu mengetahui yang anak - anak mereka mempunyai caranya yang tersendiri di mana kalau dia lapar dia sendiri akan meminta atau mengambil bahan - bahan makanan yang terdapat di persekitaran tampa ibunya sendiri mengetahui.
Seseorng doktor yang menilai kanak - kanak yang dikatakan tidak mahu makan akan mengambil riwayat yang tertentu dari ibu atau bapanya. Kanak - kanak yang sihat biasanya aktif dan rekod tumbesarannya yang dilihat dari carta tumbesaran ( growth chart ) menunjukkan kadar pertumbuhan yang memuaskan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak - kanak itu tidak menunjukkan apa - apa abnormaliti. Ini akan meyakinkan doktor yang kanak - kanak itu sihat dan tidak memerlukan apa - apa ujian yang terperinci atau rawatan yang spesifik.
Kebanyakkan kanak - kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan adalah termasuk dalam lingkungan ini. Ibu bapa setelah diyakinkan yang anak - anak mereka tidak menghidap apa - apa penyakit akan dapat mengubahsuaikan cara 'parenting ' yang digunakan supaya lebih positif seperti mengalakkan kanak - kanak memakan makanan yang berzat dan tidak selalu memaksa anak - anak mereka makan.
Sebaliknya seseorang doktor perlu juga mengawasi kanak - kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan itu untuk memastikan yang dia tidak menghidap sesuatu penyakit. Tanda - tanda seperti demam , timbang berat yang berkurangan , keletihan , pengeluaran najis yang tidak normal seperti yang berdarah , sakit perut , sakit bila kencing dan sebagainya perlu diteliti. Ini mungkin memerlukan pemeriksaan yang terperinci seperti ujian - ujian darah atau pemeriksaan pancaran X untuk mengenal pasti penyakit - penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak - kanak itu.
 Kanak - kanak yang dikatakan kurang makan perlu dibawa dari masa ke masa ke klinik supaya kadar tumbesarannya dapat di awasi. Timbang berat serta ukuran tingginya akan dicatatkan pada rajah tumbesarannya. Ibu bapa pula mestilah mengawasi anak - anak mereka di rumah dan melaporkan kepada doktor jika terdapat perubahan pada anak - anak mereka.
Ramai pula ibu bapa yang memberi anak - anak mereka bitamin untuk mendatangkan selera. Lazimnya bitamin - bitamin ini tidaklah perlu kecuali jika ada tanda - tanda yang anak itu kekurangan bitamin. Tetapi ada kalanya juga ibu bapa mereka memberi "appetizers " seperti Periactin yang boleh dalam beberapa kes mempengaruhi pusat selera didalam  hypothalamus di dalam otak kanak - kanak menyebabkan kanak - kanak itu makan dengan lebih sehingga berat badannya naik. Tetapi lazimnya berat badannya turun naik apabila ubat ini diberhentikan. Pakar - pakar kanak - kanak biasanya tidak menyarankan ubat seperti ini digunakan kerana kebanyakan kanak - kanak yang sihat yang dikatakan kurang berselera akan pulih seleranya tanpa diberi apa - apa rawatan khas.

ummurajaku.blogspot.com

Salam semua..

Pasti ada yang perasan kenapa bila search ummuraja.blogspot.com sebelum ni tak boleh nak masuk. Ummi pun tak tahulah macam mana nak buat dah last2 Ummi tukar kepada ummurajaku.blogspot.com

Ummi sekarang tolong adik jual baraka-habbatussauda dan beberapa lagi barangan muslimah seperti tudung, telekung, sarung lengan dan stokin. Slowly ummi akan masukkan gambar-gambar berkenaan ye.





Sunday, December 16, 2012

New price for Baraka-Habbatussauda`



Assalamu`alaikum semua..harga terbaharu untuk Baraka (Habbatussauda`) adalah RM10.

Sila dapatkannya dengan menghubungi Ummi melalui email musjakindi@gmail.com atau di Facebook Nor Hasni Zahari ya!

Ma`assalamah wa ilalliqo..

Wednesday, November 14, 2012

Twitter + 1434 + Wakaf

(Hehe...pelik ye tajuk kita hari ini?)

Twitter
Salam semua...nak bagitahu ni, sebenarnya Ummi ada akaun twitter tapi dah lama bersawang...
Tadi Ummi buka sat, tau2 ada sesuatu yang mengejutkan  Ummi sekaligus membuatkan Ummi gumbira..checkout this picture:



Can you see who's following me????? Ustaz zahazan yang Ummi kagumi la...

Hm..akhir2 tahun masehi selalunya semua pegawai dan staf akan sibuk dengan laporan dan pemantauan pencapaian akhir tahun. So mcm dah lama ummi tak sempat nak bersosial dlm alam maya ni. Facebook pun buka sekali sekala dan sekadar dibaca sekali imbas je.

1434
Apa2 pun hari ni adalah tahun baru hijriah ke 1434...Selamat tahun baru kepada semua pembaca blog Ummi ya. Semoga apa yg kita lakukan pada tahun lalu diterima Allah...

Wakaf
Ummi nak kongsi sikit, smlm dalam perjalanan pulang ke rumah, kami  mendengar radio ikim.fm dan topik semalam menyentuh mengenai kepentingan berwakaf. Wakaf ni sama pentingnya dengan sedekah dan zakat. Cuma wakaf ni manfaatnya boleh diterima dan dipakai oleh semua golongan dan ianya hendaklah dalam bentuk aset kekal. Contohnya kita wakafkan tanah untuk pembinaan masjid, pepustakaan, atau belikan kipas atau apa saja yg semua umat islam boleh mendapat manfaatnya. So pahala kita dapat adalah berterusan sehinggalah kita meninggal pun sekiranya masih wujud aset itu dan digunakan oleh orang ramai.

Jadi, selain kita bercita-cita untuk selalu bersedekah dan berzakat, kita juga kena ada cita2 untuk berwakaf. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari url ini: http://www.wakafselangor.gov.my/



Oklah, selamat bercuti untuk hari ini, dan teruskan bekerja esok hari! Weekend ni kami nak ke pantai morib dan isnin pula Ummi akan bergerak ke johor bahru untuk lawatan teknikal ke National University of Singapore dan Nanyang Technological University pada keesokan harinya...Doakan perjalanan kami ya!

Ma`assalamah wa ilalliqo......




Sunday, November 11, 2012

Instagram Addict

Check out my instagram:  http://instagram.com/z_hasni/

X sempat nak ngomel lama2 dlm blog ni, huhu...


Sunday, September 23, 2012

Mengenali Kanak-Kanak Disleksia

Klik di sini: Mengenali Kanak-Kanak Disleksia

Artikel yang sangat baik untuk ibu bapa yang menyedari perbezaan kebolehan anak-anak mereka.
Selamat membaca!


Ini ada short video pasal disleksia:


Thursday, September 20, 2012

Ada Apa Dengan Bangi?



Ha..Ummi suke bebenor lah dgn video ni..rajin sgt yg membuatnya..
Anak2 Ummi lahir kat BBB kan...so u all kene la tahu sejarah BBB ni...

enjoy...

Tuesday, September 11, 2012

Selamat berjuang adikku

Tahniah kepada Makcik Fiqah yang telah selamat berangkat ke Amman, Jordan pada10pm, 7 Sept 2012 lalu dan tiba di Mafraq pada 10.27 am 8 Sept 2012 waktu tempatan. Sedikit gambar kenangan ketika kami sekeluarga menghantar nya ke KLIA, tak pasal-pasal Ummi terpaksa memandu Toyota Innova, Manual milik seorang Ustazah, kenalan kepada Makngah u all.

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan dan iringan doa buat adik kami Nor Syafiqah Zahari..semoga beliau bakal membawa pulang ilmu yang bermanfaat selepas 3-4 tahun kelak dalam ilmu Kesusasteraan Bahasa Arab dari bumi Anbiya di Universiti al-Albayt.





Ummi pulak sibuk mengalahkan orang yang nak pergi..






Wednesday, September 5, 2012

Makcik Fiqah nak pergi Jordan

Salam semua...

Ummi amat bersyukur kerana adik Ummi, yang anak2 Ummi panggil Makcik Fiqah akan terbang ke Amman, Jordan malam esok (7 Sept 2012). Beliau akan menyambung pengajian di peringkat bahasa Arab di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan selama 3-4 tahun di sana.

Ummi doakan adik Ummi mendapat keberkatan mempelajari bahasa Syurga ini dan dikurniakan kejayaan....



Mohon doanya daripada kalian yang mengenali kami ya!!!

Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijr

Selamat menyambut Syawal 1433 Hijr
Ada sedikit gambar kenangan di 1 Syawal...


Depan rumah maktok di Bandar Baru Bangi..tak balik kampung, huhu...

Di Beranang, kampung Arwah nenek-atok

Wednesday, August 15, 2012

Adab Menyambut Kelahiran Bayi

Salam Ramadhan-27 1433

Hari ini ummi nak kongsikan sesuatu yg Ummi terbaca dari sini: http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=413%3Afiqh-adab-menyambut-kelahiran-bayi&catid=1%3Alatest


Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.
Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya". Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ......(sebut nama anak)....

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu".

Muttafaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia. Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata:

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak". Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita". Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit. Membersihkan diri dari kekotoran.


6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


InsyaAllah jika ada rezeki, Ummi cuba utk laksanakan yang terbaik untuk anak-anak Ummi dengan berlunaskan sunnah Rasululullah dan Syari`ah Islam..


Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba!!!

Monday, August 6, 2012

Anak-Anak: Perkembangan percakapan bayi hingga 3 tahun-Versi Melayu

Lewat bercakap
Oleh: Dr.Syed Nazir Syed Kadir

“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke rumah, banyak juga perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang ibu bercerita mengenai anaknya.

Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.

Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.

Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:

# Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)

# Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)

# Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)

Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.

Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.

Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif.

Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.

Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.

Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.


Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.

Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.

Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.

Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.

Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.

Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.

Perkembangan percakapan

# Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan

# Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan

# Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)

# Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)

# Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)

# Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya

# Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan

# Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul

# Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)

# 10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya

# 11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)

# 14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan

# 16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)

# 18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’

# 16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan

# 19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan

# 24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan

# 24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar

# 26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah

# 27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’

# 29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun

# Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan

Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.

Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.

Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:

# Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek

# Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan

# Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya

# Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan

# Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya

# Jangan paksa anak bercakap.

Tuesday, July 31, 2012

10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh


Ummi nak kongsikan sesuatu yang Ummi baca:
10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
  • Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
  • Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
  • Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  1. Selalu membaca al-Quran di rumah
  2. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  3. Hidupkan budaya memberi salam
  4. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.




Thursday, July 26, 2012

Lagu untuk ibu

Ummi sgt suka lagu ni, boleh dgr ulang-ulang tanpa jemu...

Ni satu lagi lagu yang Ummi dan anak-anak bujang Ummi suka

Hujung minggu kami diserikan dengan lagu-lagu mendidik jiwa dari Maher Zain..disamping lagu-lagu yang anak-anak dapat dari sekolah..

Selamat beramal!

Tuesday, July 24, 2012

Kisah Si Bujang Ummi

Sebenarnya kisah-kisah anak lambat bercakap yang Ummi pernah letakkan di sini ada kene mengena dengan anak bujang pertama Ummi..Raja Abdullah Fahmi bin Raja Ariffuddin..

Ustaz Fahmi yang soleh

Alhamdulillah..30 Ramadhan ini genaplah usianya mencecah 4 tahun (mengikut bulan Islam).

Jujur kata Ummi memang bimbang akan perkembangannya. Ya lah, dia diuji dengan demam panas, pernah kene sawan, pernah terjatuh..orang sekeliling mengatakan perkembangannya tidak seperti kanak-kanak lain yang sebaya nya...agak slow terutama dari segi komunikasi. Tapi fizikal nya normal dan sihat..Hati Ummi kuat mengatakan yang anak Ummi sihat dan sama macam orang lain. Malah suatu hari nanti dia akan menjadi anak genius!!


Ummi kuatkan semangat mahu menyekolahkan Fahmi pada usia 4 tahun. Atas nasihat Dr. Nazim, anak2 begini yang boleh membantunya selain ibu bapa adalah environment yang sihat dan menggalakkan. Iaitu "Sekolah".

Lalu Ummi daftarkan Fahmi ke Taska dan Tadika Islam Koperasi UPM. Sebelum itu Ummi dah cerita perihal Fahmi kepada Cikgu Bibah. Katanya biasalah budak2..nanti dah sekolah insyaAllah ok.

Selepas sebulan sekolah, Cikgu Bibah telefon. Katanya Fahmi tak pandai makan sendiri, tak pandai pakai sudu, tak tahu buka dan pakai baju sendiri, tak faham arahan...huhu..pada awalnya Ummi sedih juga, tapi inilah yang sebenarnya yang Ummi nantikan.Ummi nak dengar dari mulut gurunya sendiri tentang keadaan Fahmi di sekolah. Terkilan juga sedikit kerana bukan Fahmi tak boleh buat semua tu tapi mungkin kerana tak biasa dan ini pengalaman baru di sekolah...dia hanya mampu SENYUM...dan ini cikgu memang puji..."Fahmi handsome dan suka senyum"...


Lalu Dr. Wan Azlina (pensyarah di jabatan Ummi) syorkan agar join Playgroup iaitu Excel Qhalif, yang terletak di Bandar Baru Bangi juga. Tanpa berfikir panjang Ummi bawa Fahmi ke kelas percuma dan terus daftar dengan yuran ketika itu RM300. Kelas berlangsung selama 8 minggu setiap hari Sabtu untuk Modul 1.


Ternyata dengan medium bahasa inggeris dan modul pengajaran dan aktiviti yang amat menarik, membuatkan Fahmi berjaya menonjolkan kebolehannya satu demi satu. Dan dia berjaya membuatkan guru-guru di tadikanya terkejut dengan perkembangannya yang mendadak! Terima kasih teacher Ayu..Fahmi sangat sayang kat Teacher Ayu ni!



Sukan sekolah yang pertama buatnya melayakkan Fahmi mendapat no.2 dalam acara yang disertainya. Tak sangka anak Ummi memang hebat! Cikgu puji Fahmi kerana sekarang menunjukkan minat dalam aktiviti berkumpulan, berusaha untuk menulis dan mewarna, bagus dalam pembacaan iqra' , doa dan amali solat...alhamdulillah..walaupun prestasinya masih sedikit tertinggal berbanding rakan-rakannya yang lain..tapi banyak sangat perubahannya.

Fahmi di hari Sukan Taska dan Tadika Islam Koperasi UPM

Persekolahan di Taska juga membantu Fahmi menambah vocab dan membentuk susunan ayat dari hanya satu perkataan kepada dua, kepada tiga dan kini Fahmi mampu membuat ayat panjang seperti semalam tiba2 dia marah Mak Toknya..."Cikgu Bibah...tengok Mak Tok ni...!", lucu betul anak Ummi ni..Thanks Cikgu Bibah dan Cikgu Hajar kerana sentiasa memberi tumpuan lebih kepada Fahmi.

Fahmi bersama lobak oren, hehe
Excel Qhalif

Aktiviti kraftangan di Excel Qhalif bertujuan untuk develop skill anak-anak di sini terutamanya pergerakan motor halus dan menggalakkan anak-anak fokus. Contohnya aktiviti menjahit dengan memasukkan benang bulu kambing ke lubang-lubang yang telah ditebuk pada sekeping pinggan kertas. Aktiviti ini selain mendidik Fahmi supaya fokus, ianya melatih jari jemari nya agar boleh memegang pensil untuk menulis. Di sini Fahmi dibiarkan memegang gunting, bermain dengan gam untuk lekatkan kertas, keronyokkan kertas, mewarna...Ummi sangat syukur atas usaha yang dibangunkan oleh Excel Qhalif. Thank again Teacher Ayu.





Playgroup ini juga membuatkan aktiviti hujung minggu kami bertambah menarik dan lebih mengeratkan hubungan keluarga kami. Kerana komitmen Ummi, Walid dan tak tinggal juga kakak `Iffah dan adik Fateh memberi dorongan kepada Fahmi untuk berusaha lebih lagi. Syabas anakku..





Banyak juga gambar Fahmi terpapar dalam poster dan iklan yang dibuat oleh Excel Qhalif..hehehe..fotogenik kata mereka...







Terima kasih atas teguran dan nasihat dari Mak Tok, Cik Ani (pengasuh Fahmi dan Fateh), Dr. Nazim (Pakar kanak2 di Az-Zahrah), Dr. Wan Azlina, Dr. Zurina, Dr. Suryani, Dr. Dayang, dan Kak Nita, Cikgu Bibah, Cikgu Hajar dan Datin,Teacher Ayu serta semua bloggers yang Ummi pernah terbaca entry mengenai anak-anak yang ada masalah speech delay. Ummi doakan agar Fahmi akan terus berjaya dan menjadi anak yang soleh ya! Amin... 



Selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan....!




Monday, July 23, 2012

GRADUAN PERTAMA KELAS JAHITAN

Assalamu`alaikum semua!!!
Selamat berpuasa Ummi ucapkan kepada seluruh umat islam yang kini sedang menjalani ibadah puasa. Hari ini bersamaan 3 Ramadhan 1433.

Ummi nak letak gambar pelajar pertama yang berjaya menyiapkan sepasang baju kurung untuk kelas kali ini...Beliau adalah kak Rousnafizah Ambia....

Selamat menjamu mata....

Kak Rous berusaha nak siapkan juga kainnya...

"Begini cara nak masukkan getah..."

"Ha..sikit lagi ni..macam ni caranya..."


"Alhamdulillah...pandanglah lihat lah baju saya....!"






Jangan jealous!!

Beginilah suasana kelas kami

Kak Noor punya pun dah nak siap

Haip!

Kak Diana menyusun perkakasnya...

Yeah...ginilah cara nak buat piping

Cikgu nak take five

Selamat menyambut ramadhan...bersalaman sebelum awal ramadhan...

Ok kepada pelajar2 lain..Ummi doakan teruskan usaha dan buat sampai siap. Hasilnya pasti menjadi kenangan terindah dan moga-moga minat ini akan berterusan.

Ramadhan Kareem!!!!