Ummi kongsikan di sini artikel ini kerana Ummi juga sebahagian ibu bapa yg risau akan anaknya yang tidak suka makan. Terutama Fahmi. Dari kecil makannya memilih. Tak suka nasi, tapi suka makan ikan, cuma time nak makan je boleh tengok dia berselera dan makan banyak. Waktu lain dia tak kisah langsung nak makan. Janji dapat minum susu.
Itu masa Fahmi belum tadika. Alhamdulillah lepas mula tadika dia nampak lebih fleksibel dalam pemakanan, masih memilih tapi kira Ok sangat berbanding dulu. Mungkin faktor melihat rakan-rakannya makan makanan yang sama jadi dia terpaksa ikut makan sekali. :)
Itu masa Fahmi belum tadika. Alhamdulillah lepas mula tadika dia nampak lebih fleksibel dalam pemakanan, masih memilih tapi kira Ok sangat berbanding dulu. Mungkin faktor melihat rakan-rakannya makan makanan yang sama jadi dia terpaksa ikut makan sekali. :)
Satu masalah yang selau dikemukakan di Klinik Kanak -kanak oleh ramai ibu -ibu ialah anak mereka tidak suka makan. Keluhan seperti ' bentuk badannya yang terlalu kecil ' , ' susah nak beri dia makan ' , ' puas saya mengikhtiarkan supaya dia lebih minat makan tetapi tidak berjaya ' , ' badannya terlalu kurus ', selalu di dengar.
Ibu
bapa berasa sangat gelisah dengan keadaan anak yang kelihatan kurus ,
tetapi kebanyakan kanak -kanak seperti ini didapati sangat aktif dan
kesihatan mereka jarang sekali terganggu.
Saiz
kanak -kanak pasti berbeza. Ini bergantung kepada beberapa faktor
seperti baka dan persekitaran. Saiz dan bentuk badan seseorang kanak
-kanak itu mungkin mengikut bentuk ibu atau bapanya. Tetapi adakalanya
juga kanak -kanak itu telah terencat tumbesarannya dalam peringkat janin
lagi dan oleh itu dia dilahirkan lebih kecil daripada biasa. Keadaan
ini yang di panggil small for dates akan menyebabkan kanak -kanak ini
lebih kecil saiz atau bentuk badannya apabila dia meningkat dewasa
walaupun dia beri tahap pemakanan yang memuaskan. Seterusnya , ada pula
kanak -kanak yang normal yang terlalu kecil kalau dibandingkan dengan
kanak -kanak yang terlalu besar daripada kanak -kanak lain. Walaupun
kedua -dua kumpulan kanak -kanak ini adalah sihat belaka .
Jika
kanak -kanak itu menghidap jantung atau penyakit -penyakit yang
berpanjangan seperti cirit -birit , penyakit infeksi di buah pinggang ,
penyakit barah seperti leukemia dan sebagainya tumbesarannya mungkin
terbantut. Itulah sebabnya ibu bapa khuatir kalau -kalau anak -anak
mereka itu menghidap sesuatu penyakit yang menyebabkan bentuk badannya
kelihatan kurus.
Seseorang
bayi sehingga empat bulan mendapat keperluan kalori untuk membina
badannya daripada susu sahaja. Tetapi semakin dia membesar susu sahaja
tidak akan mencukupi ; dia memerlukan bahan besi , dan ini yang tidak
banyak didapati didalam susu. Makanan peralihan ( weaning food ) adalah
perlu untuk memberikan kalori yang mencukupi. Kalau kita meneliti
tumbesaran seseorang kanak -kanak dari kecil jelas bahawa timbang
beratnya tidak sentiasa sahaja naik dari masa ke masa. Di bawah usia
satu tahun biasanya tumbesaran seseorang bayi itu adalah pesat tetapi
dari satu tahun hingga peringkat remaja timbang berat kanak -kanak itu
ada masanya naik dan ada masanya turun kalau dilihat dari seminggu ke
minggu yang lain. Tetapi kalau timbang beratnya di catat sekali setahun
timbang beratnya tentu akan kelihatan bertambah. Memang selalu terdapat
di klinik kanak -kanak dimana seseorang kanak - kanak itu dalam
peringkat atas dari satu atau dua bulan walaupun keadaan kesihatannya
tidak terjejas tetapi ketinggiannya jelas lebih meningkat. Tetapi bagi
seseorang ibu yang khuatir tentang bentuk badan anaknya yang kurus
situasi ini akan lebih mencemaskan.
Seseorang
bayi mengharapkan ibunya untuk menyusukannya dan memberinya makan
setiap masa. Semakin dia besar, boleh berjalan dan menunjukkan minat
tentang perkara-perkara dipersekitarannya , dia mungkin tidak suka
diganggu apabila dia menumpukan perhatiannya kepada sesuatu permainan.
Pada peringkat inilah ibu bapa selalu mengatakan yang anak mereka degil
dan tidak mahu makan. Ada ibu- ibu yang kadang - kadang memaksa anak -
anak mereka minum susu atau makan. Konflik selalu berlaku hingga
memburukkan keadaan. Pengamatan seseorang ibu tentang saiz anak - anak
berbeza. Ada ibu - ibu yang merasakan yang anak mereka tidak membesar
walaupun jelas pada pandangan doktor yang persepsi itu tidak benar dan
ini perlu ditegaskan oleh doktor supaya konflik seperti ini dapat
dikurangkan. Dengan perubahan sikap dan caragaya keibubapaan dengan
sendirinya kanak - kanak itu akan kurang membantah apabila dia diberi
makan. Ibu bapa perlu mengetahui yang anak - anak mereka mempunyai
caranya yang tersendiri di mana kalau dia lapar dia sendiri akan meminta
atau mengambil bahan - bahan makanan yang terdapat di persekitaran
tampa ibunya sendiri mengetahui.
Seseorng
doktor yang menilai kanak - kanak yang dikatakan tidak mahu makan akan
mengambil riwayat yang tertentu dari ibu atau bapanya. Kanak - kanak
yang sihat biasanya aktif dan rekod tumbesarannya yang dilihat dari
carta tumbesaran ( growth chart ) menunjukkan kadar pertumbuhan yang
memuaskan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak - kanak itu tidak
menunjukkan apa - apa abnormaliti. Ini akan meyakinkan doktor yang
kanak - kanak itu sihat dan tidak memerlukan apa - apa ujian yang
terperinci atau rawatan yang spesifik.
Kebanyakkan
kanak - kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan
adalah termasuk dalam lingkungan ini. Ibu bapa setelah diyakinkan yang
anak - anak mereka tidak menghidap apa - apa penyakit akan dapat
mengubahsuaikan cara 'parenting ' yang digunakan supaya lebih positif
seperti mengalakkan kanak - kanak memakan makanan yang berzat dan tidak
selalu memaksa anak - anak mereka makan.
Sebaliknya
seseorang doktor perlu juga mengawasi kanak - kanak yang datang ke
klinik kerana dikatakan tidak mahu makan itu untuk memastikan yang dia
tidak menghidap sesuatu penyakit. Tanda - tanda seperti demam , timbang
berat yang berkurangan , keletihan , pengeluaran najis yang tidak normal
seperti yang berdarah , sakit perut , sakit bila kencing dan sebagainya
perlu diteliti. Ini mungkin memerlukan pemeriksaan yang terperinci
seperti ujian - ujian darah atau pemeriksaan pancaran X untuk mengenal
pasti penyakit - penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak - kanak itu.
Kanak
- kanak yang dikatakan kurang makan perlu dibawa dari masa ke masa ke
klinik supaya kadar tumbesarannya dapat di awasi. Timbang berat serta
ukuran tingginya akan dicatatkan pada rajah tumbesarannya. Ibu bapa pula
mestilah mengawasi anak - anak mereka di rumah dan melaporkan kepada
doktor jika terdapat perubahan pada anak - anak mereka.
Ramai
pula ibu bapa yang memberi anak - anak mereka bitamin untuk
mendatangkan selera. Lazimnya bitamin - bitamin ini tidaklah perlu
kecuali jika ada tanda - tanda yang anak itu kekurangan bitamin. Tetapi
ada kalanya juga ibu bapa mereka memberi "appetizers " seperti Periactin
yang boleh dalam beberapa kes mempengaruhi pusat selera
didalam hypothalamus di dalam otak kanak - kanak menyebabkan kanak -
kanak itu makan dengan lebih sehingga berat badannya naik. Tetapi
lazimnya berat badannya turun naik apabila ubat ini diberhentikan. Pakar
- pakar kanak - kanak biasanya tidak menyarankan ubat seperti ini
digunakan kerana kebanyakan kanak - kanak yang sihat yang dikatakan
kurang berselera akan pulih seleranya tanpa diberi apa - apa rawatan
khas.