Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 22, 2013

Confinement period @ tempoh berpantang

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah Ummi kini dgn rasminya bergelar ibu kepada empat orang anak. Selamat sudah melahirkan bayi lelaki yg sangat comel dan handsome pada 9 Disember 2013, jam 1.16pagi, 4 hari selepas anniversary kami. Kini Ummi dan baby yg diberi nama Raja Ammar Furqan sedang melalui tempoh berpantang..





Biasanya Ummi pantang 50 hari. Cukup 50 hari baru boleh keluar rumah. Tapi makan tetap dijaga,yg sejuk, yg kembang mcm laksa,mi tak makan lg. Sbb penyusuan masih berterusan.


Namun, tidak jejak tanah langsung dalam tempoh ini sudah tidak relevan pada zaman ini. Mana tidaknya, disebabkan oleh demam kuning @ Jaundice, maka terpaksa juga ibu-ibu yg di dalam pantang ini keluar rumah kerana perlu membawa bayi ke klinik untuk diambil darahnya dan semak bacaan billirubin. Hm... ramai sgt ibu-ibu ini di klinik yg Ummi jumpa setiap kali ke Klinik Kesihatan Bangi. Kasihan melihat mereka (dan kasihan pada baby Ammar Furqan juga). Semoga baby Ummi cepat sembuh ye.

Ok, Ummi tak nak cerita pasal Jaundice, tp tentang penjagaan semasa berpantang. Kali ini Ummi pantang di rumah bersama anak-anak. Seminggu dijaga oleh Walid,sambil dijaga juga oleh Maktok yg akan dtg full day jika tak berniaga, dtg petang jika berniaga. Maktok akan masakkan lauk Ummi. Hidangkan makanan setiap kali waktu makan. Dilakukan perkara yang sama oleh Walid pada shift pagi dan juga malam.

Rutinnya lebih kurang begini:

7.00 pagi - bakar tungku, rebus air mandian yang mengandungi daun herba utk ibu seperti daun serai wangi, pandan, inai, sirih dan rebus  air mandian bayi yang terdiri daripada daun dukung anak, daun inai dan daun belimbing (untuk atasi kuning)

7.45@8.00 pagi - ikat batu tungku bersama daun mengkudu dan pandan, Ummi pun bertungku sahingga batu sejuk

9.00 pagi - Ummi mandi air rebusan tadi, siap-siap pakai bengkung, dan sarapan minum Milo bersama roti fiber atai biskut fiber atau biskut kepala lutut (tau tak biskut apa ni? org kedah panggil biskut keras ni dgn nama tu)

10.00 pagi - Baby pulak mandi dengan air rebusan dia

11.00 pagi - Masak ikan yg Maktok dah siang dan basuh, samada ikan selar, bawal putih, tenggiri atau ikan merah. Ia dibakar atau rebus dengan bawang putih dan halia. Kalau tiada lauk, ikan bilis goreng tanpa minyak dah ada standby, boleh makan dgn nasi panas dan serbuk lada hitam. Oh ya, nasi pun sedia dimasak.

12.00 tghr - Ummi makan bersama segelas air panas (kena betul-betul panas baru best! sbb klu nasi kering sgt,air masak ni la disulam menjadi kuahnya..hahaha)

lepas ni boleh lah berehat .......

4.30@5.00 ptg - Ummi minum petang, sama je mcm sarapan. Masa ni dah boleh bakar tungku.

6.00@7.00 ptg - Ummi bertungku lagi. Lepas tu, baby pulak dituam dengan bunjut jintan hitam@ biji habbatussauda. Haaa..baby pun kena tungku. Kalau siang sempat, boleh ditungku lepas mandi.

8.00 mlm - Ummi makan malam, biasanya panaskan lauk yg sama dgn waktu siang tadi. Cuma masak nasi je.

Dah boleh rehat dan tidor ........

Ideally nya begitulah.

Menu nasi bersama ikan selar rebus
Dapat Makan dengan buah oren memang best!
Menu nasi dengan Tenggiri bakar dan Lada hitam
Ingin ditekankan di sini, org yg menjaga org berpantang ni kena kuat semangat. Sebab dia bukan jaga ibu nya saja, juga si baby dan dalam masa yg sama kena basuh baju baby, baju ibu, baju ayah, baju anak-anak lain. lepas tu kena jemur. Kena sapu sampah, kemas rumah, buang sampah. lipat kain. Masak juga utk ahli2 keluarga lain yang tidak berpantang. Kena sambil-sambil tengok anak-anak lain yang suka kacau si baby dan ibu. Hm....bukan kerja ringan ye.

Nak tak nak, masa Walid bekerja, dan Maktok juga berniaga, Ummi kena tambah semangat untuk mengurus diri dan bayi, dan terkadang gagahkan diri utk uruskan beberapa kerja rumah dan anak-anak. Tapi masa ni kira dah lepas tempoh kritikal la, drpd pembacaan tempoh kritikal adalah dalam masa 10 ke 14 hari.

Walaupun badan nampak sihat dan kuat, tapi Ummi tawakkal kpd Allah sbb Ummi tahu hakikatnya badan ini perlukan masa untuk betul-betul sembuh terutama bahagian dalaman. Sebab orang dulu-dulu percaya 44 hari adalah masa yang diperlukan utk ibu berehat drpd rutin harian supaya lepas pantang mereka boleh kembali kepada bentuk badan yang asal, boleh mengurus rumah tangga dengan badan yang sihat segar bugar. Waktu ini juga ada sesetengah ibu dah kering dari nifasnya.

Jadi, Ummi harap para suami di luar sana,janganlah ambil mudah penjagaan selepas bersalin ye. Kerana anda ingin hidup lama dengan si dia.

Doakan Ummi dan Baby Ammar Furqan cepat sembuh ya!


Thursday, December 5, 2013

Anniversary and False Labor Signal

Salam ceria pagi Jumaat!!!

Ada cerita lucu yang Ummi nak kongsikan hari ini.

Semalam adalah ulangtahun perkahwinan Ummi dan Walid yang ke-9 (ikut kalendar Masehi la, Kalendar Hijriah nye pada 12 Syawal lalu). So, Walid plan nak bawak Ummi pergi dinner lah malam tadi. Disebabkan Ummi sampai rumah pun dah maghrib, Walid pun sama, maka kami ambil `Iffah dan adik-adik agak lewat daripada rumah Cik Ani.

Pukul 8 malam kami bawa anak-anak ke rumah Makcik di Flat Sri Cempaka, tumpang sekejap la kan, kasi peluang Ummi dan Walid nak dating (macam biasa..). Tapi Ummi dah rasa tak sedap hati, sebab dari tadi pinggang dok sakit dan perut asyik mengeras, cuma tak konsisten. Lalu Ummi pack siap-siap baju, pampers, buku, untuk anak-anak Ummi.

Dalam hati Ummi bisik, "Tenang Hasni...makan dulu..monitor contraction time dulu.."

Dalam kereta, `Iffah yang mamai kerana tertidor di rumah Cik Ani tadi tanya, "Ummi nak pegi mana...?", maka Ummi pun explain lah yang hari ni ulang tahun perkahwinan Ummi dengan Walid, Walid nak belanja Ummi makan malam..`Iffah dan adik2 tinggal di rumah Nek Cik sekejap ye. Lagipun `Iffah takde Daurah esok, nak tidor sana pun boleh. Makcik Dayah pun ada.

Ok, lepas hantar, kami pun ke Little White Cafe, tempat ni memang special, ada fine dining. Tapi bimbang tak sempat, mana tau memang dah nak bersalin, Ummi order Hot Choc with Marshmallow dan Vegetarian Pasta. Sedap....
Sepanjang makan, Ummi monitor timing...hmm....semakin konsisten 10 minit sekali kontraksi. Alamak! betul ke nak bersalin dah ni? Ummi rasa tak bersedia...lalu cakap dengan Walid, tak boleh lama ni..nak balik solat isyak dulu, hantar susu ke Makcik, jumpa mak dulu, baru pergi Az-Zahrah. Sambil cakap, air mata keluar..huhu..takut semua ada, sebab rasa mcm letih sangat.

Walid dengan tenang cuba buat Ummi cool..kesian juga kat Walid, tak dapat borak banyak dan menikmati dinner dengan sempurna. Ummi cuba makan dan tenang sebaik mungkin. Yang best nya, tokey kedai ni, Pn Faizah layan kami first class! Tanya nak tambah dessert? Sebab Walid dah beritahu dia awal-awal yang kami sedang sambut Anniversary! So dia suggest menu utk Main Course dan Dessert. Ummi pilih Pavlova!


Wah...sedapnya..lama dah teringin..tq Walid! Love u so much! Kami share sorang separuh.


Hm...ngilu di bawah mula terasa. OK jom!


Sebelum pulang tokey kedai tu ucapkan Happy Anniversary and have a great night!

Dalam kereta, Walid cakap dengan Ummi "Takpe..abang ada...baca "Robbi Yassir Wala tu Assir".

............................................

Sesampai di rumah, Ummi solat, dan minta Walid ambil anak-anak dari rumah Nek Cik, tukar plan! Sebab Nek Cik SMS kata Fateh gaduh nak balik! Ok, kena hantar ke rumah Mak Tok ni.

Sementara tunggu mereka pulang, Ummi menangis semahu-mahunya, solat sunat, minta ampun, diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan bersalin.

Lepas tu Ummi capai penyapu, sapu sampah sikit di ruang tamu. Buang sawang sikit2 di bilik, bilik air, dapur. Nanti Mak Tok nak jaga Ummi, kena selesakan sikit rumah. Lagipun Ummi nak mudahkan jalan untuk baby keluar.

Makin lama kesakitan dan kontraksi berkurangan...pulak!

Setelah semua sampai, Walid tanya Ummi macam mana? Ummi kata dah tak sakit, nak rehat dulu la. Walid pun suruh Ummi rehat dan tidur dulu. Dia dalam mode Standby.

Kesian kat Walid, dia teman Ummi semalam takut2 sakit datang kembali.

Oklah...akhirnya kami dapat lelap sampai pagi...sementara malam tadi dihidangi suara Fahmi dan Fateh bermain-main tengah malam, masih aktif, Ummi tak larat nak teman dah.

...............................................

Pagi-pagi, Ummi bersiap nak ke tempat kerja. Sempat lagi pack baju-baju terpakai untuk mangsa banjir pantai Timur. Walid terkejut. Kerja ke?!

Ummi berkeras nak kerja walaupun Walid nasihatkan agar cuti sahaja. Ummi dah apply cuti minggu hadapan, jadi hari ni adalah hari terakhir Ummi kerja, insyaAllah. Ummi nak habiskan cuti yang berbaki.

Begitulah kisahnya...

Oklah, Ummi nak sambung buat kerja ni. Sambil mendengar ceramah Ustaz Haslin Bollywood dan Ustaz Azhar Idrus..   :)





Friday, November 29, 2013

My first Baby Quilt

Alhamdulillah percubaan membuat baby quilt berjaya pada suatu petang...

Dua minggu berturut walid tiada di rumah masa weekend. Jadi Ummi ambil kesempatan membuat projek yang lama Ummi teringin nak buat. Nak sangat beli baby quilt yg comel2 diluar sana rasa mcm blh buat sendiri. Tapi kekangan bahan yang mebuatkan pada asalnya Ummi rasa mcm tak boleh buat. Dengan izin Allah, Ummi jadikan selimut lama sebagai pengganti batting.

Cotton bercorak ala patchwork dijadikan percubaan...




Hm...untuk permulaan boleh la kan?

Ok fabrik yang di bawah ni bakal digunting untuk dijadikan projek patchwork kelak..




Ok...enjoy your weekends..!






Thursday, November 28, 2013

Selipar

Satu pagi nan indah...

Dalam kereta, Ku 'Iffah membetulkan tudungnya, kami dalam perjalanan ke Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi untuk program Daurah Remaja 2013, sempena cuti sekolah tahun ini.

Tiba-tiba anak Ummi bersuara, "Ummi,`Iffah malu la nak pakai selipar ni...". Ummi tanya, "Kenapa?". "Kawan `Iffah ketawa, diorang kata macam selipar lelaki". Dalam hati Ummi kata kesiannya anak ku, dah la belikan selipar murah, memang selipar lelaki pun. Tapi sebab tebal dan dirasakan boleh pakai lama, itu je yang Ummi sempat beli tempoh hari di Islamic Relief Charity Shoppe.

Dan tiba-tiba Ummi tak sangka anak Ummi boleh berkata begini: "Tapi, selipar ni tahan kan Ummi, selipar yang cantik-cantik tu cepat je rosak, putus lah. Sebab tu `Iffah pakai..."

Hm...rasa nak menangis terharu, tak sangka anak Ummi semakin matang fikirannya. Dalam kebudak-budakan perangainya, masih ada ruang untuk dia berfikir secara rasional.

Alhamdulillah...tiada apa yang mampu Ummi ucapkan..

Teringat kisah kasut daripada sebuah filem Iran yang mendapat liputan luas kerana mesej nya yang amat bermakna. Kami pernah tonton sama-sama di rumah. Mudah-mudahan anak-anak Ummi faham kenapa Ummi kongsikan ceita tu di rumah.






Friday, November 22, 2013

Birthday Present

Actually Anak sulong Ummi, Ku `Iffah baru je menyambut hari lahirnya yang ke-8 pada 5 November 2013 lalu..

Dia nak sangat sambut di sekolah, maka Walid pun belikan kek dan goody bags yg amat sederhana untuk di bawa ke sekolah. Tak sempat ambil gambar pun, semuanya buat dalam satu malam je.

Istimewanya kali ini anak Ummi sambut bersama-sama rakan sekelas, jadi meriah lagi lah majlis tu.

Untuk anak dara Ummi sorang ni, Ummi jahitkan Pencil Case sebagai hadiah tahun ini. Atas permintaan Ku `Iffah yang dok minta jahitkan pencil case.

Semoga anak Ummi membesar menjadi anak yang solehah, menjadi kakak yang baik dan contoh kepada adik-adik ya!

Selamat berhujung minggu...





Sunday, November 3, 2013

Menghitung Hari

Syukur ke hadrat Ilahi..Ummi dah masuk 33 minggu..tak  lama lagi anak-anak Ummi bakal mendapat adik baru, insyaAllah..

Hamil kali ini berlainan sedikit--letih nya lebih-lebih terasa. Mungkin kerana faktor umur yang telah pun mencecah 30-an. Ada juga rungutan yang sama daripada kawan-kawan Ummi yang rata-rata hamil kali ke-3 atau ke-4. Ummi sengaja tak amalkan sangat pengambilan supplement yg konvensional kerana yakin pemakanan sunnah lebih baik dari itu. Stok Habbatussauda jenama Baraka yang MakNgah jual (dari Mesir) amat sukar diperoleh, maka Ummi makan yang dari Syiria pula (Minsyam). Ini yang MakNgah jual sekarang:

RM 12/packet, 20 biji

Selain itu juga Ummi amalkan minum Madu dan juga Jus Delima:

Madu Al-Shifa RM23++ sebotol

Pati Delima RM15 sebotol
Semua ni MakNgah yang tolong belikan. Lagi satu susu kambing Hijjaz:


RM42++ sebotol

Ummi bukan nak jual, tapi harga di atas adalah sebagai panduan jika sesiapa berminat nak survey. Tapi kalau nak pesan, MakNgah boleh tolong carikan.

Ha...apa persiapan sebelum bersalin ye? Kali ni mungkin baby boy lagi, tapi Ummi teringin sangat nak ada barang2 warna pink, maka inilah hasilnya minggu lepas:

Diaper bag

Diaper bag-inside

Set tilam dan bantal-semua recycle



Begitulah sedikit sebanyak..doakan Ummi dan baby sihat ye? Kita juga digalakkan untuk mengamalkan bacaan beberapa surah tertentu:



Okey..selamat menyambut Tahun Baru 1435 Hijriah..Salam Ma`al Hijrah....!

Thursday, October 10, 2013

Tahun Indah 1434H@2013M

Assalamu`alakum semua..

Berlalu sudah Syawal kini muncul bulan terakhir sebelum Tahun 1434H melabuhkan tirainya.
Alhamdulillah.sejak kali terakhir Ummi mencoret di sini selepas pulang dari Melbourne, pelbagai pengalaman indah yang berlaku dalam hidup Ummi..Ummi kini bakal menanti kelahiran anak ke-4 pada bulan Disember ini. Mohon doa daripada semua ya.

Di sini Ummi nak memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana telah banyak memberi nikmat kesihatan, rezeki yang mencukupi buat kami semua. Tahun ini juga adik Ummi Norhaslina telah selamat menamatkan zaman bujangnya bersama pasangannya Hamizan pada Syawal lalu. Tahniah adikku..semoga berbahagia melayari bahtera rumahtangga hingga ke syurga. :)


Anak sulung Ummi pun sudah berada dalam tahun dua di Sekolah Rendah Intergrasi Tahfiz Ilmuan (SRITI). Syukur Ummi kerana semakin bertambah surah yang dihafal olehnya. Moga anak dara Ummi ni sentiasa dilapangkan dada untuk menimba sebanyak mana ilmu dan mendalami Al-Quran sebagai panduan hidup kita ke jalan yang lurus. Ummi juga doakan agar 'Iffah sentiasa istiqomah dalam mendirikan solat 5 waktu. Selagi Ummi masih ada, Ummi cuba sentiasa mengingatkan anak2 Ummi untuk solat. Solat tiang agama, rapuh solat maka runtuh la agama. Moga 'Iffah dapat menjadi contoh terbaik kepada adik2 ya?! Kesian kakak..teringin nak adik perempuan, tp mungkin kali ni rezeki adik lelaki lagi... :p xpe..rezeki Allah bagi..janji sihat kan?


Anak bujang Ummi, Fahmi kini semakin banyak cakapnya..alhamdulillah sgt2, syukur kepada Allah..Ummi sampai tak ingat yang anak Ummi ni speech delay dan mild Autism. Cuma bila dtg tantrum atau Fahmi bertegas nak sesuatu juga tp tak dpt explain baru Ummi sedar balik. Takpe..Ummi tahu anak Ummi ni sangat istimewa Allah berikan dalam keluarga kita. Satu hari nanti, Ummi percaya Fahmi akan menjadi seorang hamba Allah yang berjaya kan? Cikgu sekolah tadika sentiasa memuji kebolehan Fahmi dan menulis. Sangat kemas kerja-kerja yang dibuat. Fahmi ni suka melukis dan kalau dapat buku latihan matematik, tak kira siapa punya, dia akan sambung buat. Terutamanya Paksu punya, hahaha. Harapan Ummi agar Fahmi dapat bersekolah seperti pelajar lain yang sebaya, dan menjadi penghafaz Quran seperti Idola Walid dan Ummi, Abdullah Fahmi yang menjadi juara Akademi Quran tahun yang sama Fahmi lahir, seperti namamu..


Adik Fahmi pula, Fateh juga banyak cakapnya..sangat aktif dan ramah. Maklumlah duduk dengan pangasuh yang peramah dan rajin melayan anak-anak jagaanya bercakap. Kini Fateh dan Fahmi dapat berkomunikasi bersama, bermain, bergaduh. Nak tido pun bergaduh dulu, dah kena marah dengan Walid baru masing-masing diam dan tido kat tempat masing-masing. Semakin hampir tarikh bersalin, semakin macam-macam perangai yang Fateh tunjuk. Manja nya...mengada-ngada nya..buat2 mcm baby pun ada. Cuma yang seronoknya dia dah tahu dalam perut Ummi yang memboyot ni ada baby. Dia suka cium perut Ummi dan cakap sayang baby. :) Seronok kan?! Tapi karaktor sebagai abang tu dah ada pada Fateh. Pengasuhnya kata dia pandai layan anak-anak jagaan lain yang lebih muda di rumahnnya. Kalau pergi mana-mana dan terjumpa baby, Fateh mesti nak usik, last2 mereka akan ketawa gembira atau main bersama.


Ok, itulah sedikit sebanyak perkembangan kami..gambar2 anak2 Ummi diambil oleh Walid masa kami bercuti di Colmar, Bukit Tinggi. Duduk satu malam je. Tapi anak2 la paling gembira. Cuaca tak sejuk pun..tapi dapat la rasa mcm luar negara sikit, sampai 'Iffah sangkakan memang bukan berada di Malaysia. Tq Walid sebab bawak kami jalan2. Ada rezeki kita ke tempat lain pula ye?

Wassalam...




Saturday, January 19, 2013

Menjejaki Bumi Melbourne (Bahagian 1)

Asslamu`alaikum wrh wbt.

Tahun 2013sudah pun menjengah hampir sebulan...Ummi dan rakan-rakan sekumpulan pun kembali menjalani kehidupan seperti biasa namun dengan azam dan semangat yang baru untuk tahun baru ini.
24 Nov-1 Dis 2012 menjadi kenangan indah buat Ummi dan 5 lagi pegawai sains lain walaupun hanya singkat dan belum tentu bila akan menjejaki bumi Melbourne, Victoria, Australia lagi.

Kami terpilih sebagai kumpulan yang mendapat markah tertinggi dalam pembentangan proposal bagi menyertai program UPMTOP (UPM talent outreach program) yang buat julung kalinya dibuka peluang kepada staf bukan akademik pada tahun lepas. Alhamdulillah...keputusan last minute yang kami terima dan dalam masa 3 minggu sahaja kami terpaksa menempah tiket Air-Asia (demi mencukupkan bajet yang telah diluluskan) dan menghubungi semula pihak universiti dan institut penyelidikan yang pernah kami hubungi beberapa bulan sebelum itu. Delagasi kami fokus kepada penandarasan makmal dan penyelidikan fakulti kejuruteraan di universiti terkemuka dunia dan kami memilih Melbourne memandangkan di sini terdapat banyak institusi pendidikan dan berada tidak begitu jauh dari Malaysia. Nilai Ausie Dollar pada masa itu pun menyamai RM3.24 duit malaysia,jadi bagi kami insyaAllah kami boleh survive dgn RM20K++ untuk kami berenam selama seminggu di sana.

Kapal terbang bertolak jam 10.30 malam dari LCCT. Malam tu Walid, Fahmi dan `Iffah yang hantar Ummi ke lapangan. Sempat makan Marrybrown lagi. Naik je kapal terbang Ummi dah tak lapar wlpn dah tempah kids menu untuk supper. =)

Anak dara Ummi sorang ni




Dah sampai dah


Setibanya kami di Melbourne, waktu ketika itu adalah menghampiri pukul 5 pagi di Malaysia tetapi di sana lebih kurang 7.30 pagi dah. Sebelum landing Ummi dah minum kopi siap2 sebab nak elak mengantuk gara2 jet lag. Syukur kepada Allah, kami berenam menaiki sebuah van sewa dan dibawa terus ke Coburg, homestay kami di sebuah rumah keluarga Malaysia yang sedang belajar di sana. Kami disambut mesra oleh keluarga Encik Bad dan isterinya Kak Amy serta sepasang anak mereka yang lincah.

Van yang kami sewa dari airport ke homestay

Rumah ni cantik dan klasik. Nilainya Ausie Dolla 1M!

Ini anak perempuan tuan rumah. Sangat comel!

Selepas sarapan, ketua kami Izhwan mengajak kami ke Victoria Market di Melbourne City untuk mencari cenderahati di sana. Kami menaiki Trem, sebuah pengangkutan utama untuk ke bandar. Tambang sebanyak $6.70 sekali bayar dan boleh naik ke mana-mana sekitar Zon 1 sepanjang hari. Sepanjang perjalan ini Ummi sempat rakamkan beberapa keping gambar menarik untuk koleksi peribadi.

Trem..sebelah kanan tu tempat beli tiket. Tapi mulai tahun ni mereka pakai kad Myki untuk semua jenis kenderaan awam. Macam kad Touch N Go, boleh top up di tempat2 terpilih.

Depan Victoria Market..Penuh beg Ummi dengan cenderahati untuk orang Malaysia



Trem

Unik betul kereta ni

Di sana ramai pejalan kaki dan yang menaiki basikal pun ramai

Bangunan-bangunan unik dan kreatif pun banyak

Kami berkesempatan bertemu dengan Encik Anuar Shah, staf UPM di Pejabat Pendaftar yang sedang membuat PhD  di sini. Beliau banyak memberi panduan kepada kami dan berkongsi pengalaman selama beliau berada di sini.

Khairy-phographer kami dan yang kanan ni Azzlia

Azzlia, Ummi dan Suhaili

En. Anuar Shah sebelah Suhaili, Izhwan dan yang tak nampak muka tu Zamzuri


Berakhirnya perjalanan kami pada hari pertama di bumi Melbourne.
Pada malam harinya kami dihidangkan dengan menu nasi ayam (ayam bakar) siap dengan sos lada hitam...dah macam menu kenny rogers dah rasanya...sedap....pandai betul tuan rumah masak. Actually kami bayar sewa bilik (satu bilik lelaki dan satu bilik perempuan) beserta makanan pagi, tengahari dan malam dengan harga yang amat berpatutan.

Nak cerita sikit pasal bilik air mereka, tiada air paip kecuali di bilik mandi. Di bilik mandi pula tiada saluran air di lantai kecuali dalam tub mandi. So kami perlu pastikan lantai sentiasa kering dan dimop selalu.

Pengalaman pertama tidur dalam kesejukan (dalam selimut tebal) kerana suhu pada masa ni dalam sekitar 15-20 oC. Musim bunga telah berada di penghujung dan musim panas akan menjengah pada bila-bila masa sahaja. Walaubagaimanapun Victoria terkenal dengan cuacanya yang tidak menentu. Mana tidaknya, menurut tuan rumah, dalam musim bunga pun suhu pernah mencecah 40 oC..wah..panas betul...

Esok hari kami akan melalui hari yang mencabar dan meletihkan, maka malam ni kami perlu berehat secukupnya....wassalam..