Monday, January 31, 2011

Amalan jamu dan produk kesihatan

Saja nak kongsi catatan daripada FB Ummi, mungkin ibu2 lain ada amalan lain untuk menjaga kesihatan diri. Boleh lah di kongsikan juga di sini.
D'Folia, Spirulina, Roselle, Radix, Jamu Pak Tani, Madu, Habbatussauda, Pati Halia, Bio Oil...bla..bla..bla..


  • Che Ku Rosmiza likes this.

    • Cik Cantik tambah 1 lagi kak... Mary Kay... hehehee.. neway brg yg akak kene beli lagi 2 tuh ade promotion... ;-)
      December 28, 2010 at 3:21pm ·

    • Nor Hasni Binti Zahari td ingat nak masuk dlm list, tp segan, ngeh ngeh ngeh...ingat je die ye..bulan ni xleh lg la dik..
      December 28, 2010 at 3:54pm ·

    • Cik Cantik no prob... lagipun promo sentiasa ada... diorg da buat travel pack so save cost ckit...;-)
      December 28, 2010 at 4:00pm ·

    • Siti Laili Suhaila ni seme supplement hasni amik ke?byk nye
      December 28, 2010 at 4:00pm ·

    • Nor Hasni Binti Zahari tuko2 gak, klu dah hbs pusing2 hak tu balik
      December 28, 2010 at 4:01pm ·

    • Siti Laili Suhaila pati halia yg serbuk tu ke?bio oil tu bukan sapu ke
      December 28, 2010 at 4:02pm ·

    • Nor Hasni Binti Zahari hehe..sy tak kata itu semua ubat makan...
      December 28, 2010 at 4:03pm ·

    • Siti Laili Suhaila hehe..tipah tertipu..best ke pak tani..
      December 28, 2010 at 4:03pm ·

    • Nor Hasni Binti Zahari alhmdulillah..mcm tonik la, ada kwn perkenalkan, baik utk sape2 senggugut selain memberi tenaga.
      December 28, 2010 at 4:05pm ·

    • Siti Laili Suhaila oo..ubat kuat.hehe,leh try
      December 28, 2010 at 4:06pm ·

    • Nor Hasni Binti Zahari wanita kena sihat dan kuat.bila anak bertambah, ibu2 biasanya semakin penat dgn tugas2 harian kan. kalau ada saranan lain, sila lah kongsi ya.
      December 28, 2010 at 4:08pm ·

    • Siti Laili Suhaila tula..balik keje masak2,layan anak2 kul 10 dah tak larat sgt rasa.thanks ye
      December 28, 2010 at 4:11pm ·

    • Siti Raihana Ismail paling senang amalkan makan madu..campurkan dalam susu pun sedap..madu asli la..
      December 28, 2010 at 4:19pm ·

    • Nor Hasni Binti Zahari habbatussauda tu baru nak amal, belum beli lagi. susu pun kena minum utk tulang.
      December 28, 2010 at 4:25pm ·

    • Siti Laili Suhaila tula..time preg je mnm susu kot.lepaih tu wasalam..nk bli japg
      December 28, 2010 at 4:26pm ·

    • Nor Hasni Binti Zahari chaiyo2 laili. marilah sama2 kita menjaga kesihatan!
      December 28, 2010 at 4:28pm · · 1 personLoading...

    • Rahaton Azirah Ramli hasni, semua2 ni ok ya while bf? Paktani n dfolia xpa ya? Ada kacip fatimah tak dlm ni? Cuma nk tau.hehe
      December 28, 2010 at 6:44pm via Facebook Mobile ·

    • Azida Azizan lagi satu EPO..hihi..bole aton..try lu..if rase panas 4 bb..stop la...jgn amik byk sgt in 1 time..biase org dulu2 ( mak kter la tu) mmg suh kter terus amik jamu even dah abes pantang..byk kat pasaran..carila yg seswai n halalan toiyiba ;) cuma jgn dok arap sbb makan ubt tula kter kuatla..kena ckp mkn ubt ni satu usha..dgn izin allah moga2 aku sht..insyaallah..
      December 28, 2010 at 8:13pm ·

    • Nor Halaliza hehhehe....promote ke hasni? ;)
      December 28, 2010 at 8:22pm ·

    • Norafiqah Jamian
      kombinasi spirulina elken, calsium+mg amway, minum susu+madu+halia..kdg2 ganti teh hijau jasmin+halia+madu pn ok bau bdn wangi smulajadi..
      this is the best for me. elken leh bli ngn ika kongsi2 bli yg promosi lbh murah.. ckp hal suplement n...ie mmg ika suka..See More

      December 28, 2010 at 11:04pm ·

    • Nor Hasni Binti Zahari yg tak tahan tu calsium+mg saiz sgt besar, jenuh nak telan, huhu..teh hijau jasmin tu boleh beli je kat mana2 ek?
      December 29, 2010 at 8:30am ·

    • Nor Hasni Binti Zahari aton, apa yg azida bgtau tu betul. kena cuba dulu. stkt ni sy makan ok lg. cuma air jamu pak tani tu kena cek sebelum beli, mak sy kata ada isu tiruan dulu. EPO pun penting, ini kira wjib utk wanita, sebelum masuk umur 30 tahun baik amalkan.
      December 29, 2010 at 8:34am ·

    • Nor Hasni Binti Zahari kak liza: bukan promote, nak kongsi ilmu. dah agak dah, bila letak status mcm ni, mesti para ibu akan respond. hehehe..
      December 29, 2010 at 8:35am ·

    • Suryani Kamarudin Bio Oil tu ambik yang minyak habbatussauda ke? dah tak ada idea nak makan apa lagi la ni.. makan jamu buatan sendiri dan madu aje..
      December 29, 2010 at 9:36am ·

    • Rahaton Azirah Ramli saya mmg ada amik jamu NR. tp kalau jamu kita ada kacip fatimah x elok kan utk bf.kf tu buang toksin bdn ke susu.tu yg aton tanya tu.hehe.stakat ni aton amik cal n jamu NR, Vit c saja
      December 29, 2010 at 9:45am via Facebook Mobile ·

    • Nor Hasni Binti Zahari iye ke aton? menurut http://www.wanita2u.com/index.php?name=EZCMS&menu=62&page_id=94
      rasanya tiada kacip fatimah. kdg2 kan, hasni amek juga minum kacip fatimah 3in1, xleh rupanya ye aton?

      December 29, 2010 at 10:12am ·

    • Rahaton Azirah Ramli kalau xda xpa.a ah,aton pn baru tau yg ibu bf xbleh mkn apa2 makanan yg buang toksin.kcp ftmh tu kuat buang toxin.toxin akan buang ikot bendalir bdn.susu ibu salah satu bndalir.then toxin tu baby minum.aton baca kt www.susu-terbaik.blogspot.com. Kalau xsilap.nanti aton bg link
      December 29, 2010 at 10:26am via Facebook Mobile ·

    • Siti Fatimah bestnye...akk hihih
      December 29, 2010 at 12:22pm ·

    • Hannan Purple menarik topik ni Hasni..tp nak makan apa2 supplement pon kena make sure produk tu ada kelulusan kkm. now ni byk sgt health suppl. kat pasaran..ibu2 kena buat some reading before beli, tgk substance apa yg kita nak sebenarnya dan interaction dia dgn food or supplement lain. kang lain yg kita nak, lain yg jadi..
      December 29, 2010 at 6:38pm ·

    • Nor Hasni Binti Zahari bagus2, betul tu hannan, tqvmuch
      December 30, 2010 at 8:56am ·

    • Nor Hasni Binti Zahari alhamdulillah, jamu pak tani membantu mengurangkan angin dlm badan, dengan izin Allah jua..
      January 3 at 8:46am ·

Hilang Handphone

Ummi tak faham la dengan manusia yang ambil barang orang yang bukan hak dia.


Semalam ummi kehilangan hp di Billion PKNS. Ku `Iffah main hp dan tinggalkan kat tempat duduk (tempat try kasut tingkat 2) masa Ummi tengah bf Ku Fateh. Bila tersedar yang hp x de dalam beg, adik pun call, terus tak dapat dah. Orang yg amek tu dah Off, padahal Ummi baru je cas. So Ummi pun pergi balik tempat tu, diorang kata tak nampak. Kejadian tu antara pukul 7 - 7.30 pm, memang tak ada pelanggan lain kecuali kami di area tu. Hm....rezeki ummi setakat tu je.


Hp tu pemberian suami pada 17 Jan 2009. Sedih..tak pernah hilang hp melainkan rosak je baru ummi beli baru. Kepada yang ambil hp tu, hanya Allah sahaja yang berhak membalas perbuatan dia. Ummi harap sgt orang tu call sesiapa utk pulangkan balik, tp nampaknya tiada.

Thursday, January 20, 2011

Kisah yang membuatkan ummi menangis

Ummi nak share kisah benar yang diceritakan oleh pakar motivasi dalam radio ikim.fm pagi Selasa lalu..Kisah ini amat menyentuh hati ummi bila mengenangkan anak-anak ummi yang semakin aktif dan cerdik. Ummi taip balik dalam version ummi. Sila la baca ya.

Dalam sebuah taman perumahan, terdapat sepasang suami isteri yang sangat bahagia. Si suami bekerja manakala si isterinya suri rumahtangga spenuh masa. Isteri ini seorang yang perfectionist. Dari segi usunatur perabot di rumah hingga ke susunan baju almari nya sangat kemas dan sistematik. Mereka hidup bahagia sekali. Hingga ke suatu hari mereka mendapat khabar yang cukup menggembirakan dan dikongsikan ke seluruh taman iaitu si isteri mengandung. Setelah mengetahui mereka bakal mendapat anak lelaki, lalu si isteri menyiapkan satu bilik bayi yang lengkap dengan kelengkapan bayi dan dindingnya pula di cat dengan warna biru. Alamari baju turut siap disusun dengan pakaian-pakaian bayi dari umur sebulan hingga satu tahun. Seperti biasa, isteri ini seorang yg perfectionist maka semuanya disiapkan seawal-awalnya.

Maka bila tiba masanya, lahir lah seorang bayi lelaki yang sgt comel. Mereka menjaganya bagai menatang minyak yg penuh. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, lama kelamaan si ibu menyedari yang si anak ini mempunyai sikap yang bertentangan dengan ibunya. Kalau ibu suka mengemas, anaknya pasti sepahkan. Surat khabar yang disimpan rapi, habis di koyak-koyakkan menjadi cebisan kecil. Langsir yang elok dipasang, di tarik-tariknya sampai tercabut. Setiap kali si ibu memarahi anaknya, si anak akan berdiri di hadapan ibu lalu memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Walaubagaimanapun di anak masih mengulanginya.

Suatu hari sahabat lama si ibu menelefon dan berjanji untuk menziarahi mereka di rumah. Si ibu sangat gembira dan mengemas rumah serta memasakkan mi goreng khas untuk sahabat lamanya. Sekembalinya dari dapur dengan mangkuk mi yang masih ditangan, dilihatnya ruang tamunya kembali bersepah dan cebisan kertas surat kabar bersepah di sana sini. Sofa yang disusun baik tidak berada di tempatnya. Kali ini si ibu sudah hilang kawalan, diletaknya mi di atas meja lalu menjerit si ibu kepada anaknya. Si anak yang terkejut dengan laungan si ibu terus melarikan diri keluar rumah dan dikejar oleh ibunya. Saat ibu menjejaki keluar pagar rumahnya, tiba-tiba dia mendengar satu dentuman kuat dan tiba-tiba terasa basah di mukanya. Ketika itu dilihat anaknya terkulai di hadapannya sambil darah membuak-buak keluar dan badannya penuh dengan darah. Tanpa berfikir panjang, si ibu mengangkat anaknya dan memasukkan ke dalam kereta. Ibu memandu terus ke hospital terdekat, pada saat ini tiada lain yang diingati olehnya melainkan doa berterusan agar Allah menyelamatkan anaknya.

Sebaik tiba di hospital, anaknya diusung masuk ke wad kecemasan. Ibu teruskan berdoa dan meminta agar Allah memanjangkan umur anaknya. Tatkala melihat doktor keluar, si ibu menerpa dan jawapan yang diberikan oleh doktor itu cukup memilukan si ibu. Anaknya sudah meninggal dunia.......Kala ini, terdetik di sanubari si ibu bahawa NIKMAT ITU DATANG SEKALI-SEKALA, TETAPI SYUKUR ITU PERLU SETIAP MASA.....Si ibu tidak dapat menggantikan anaknya dengan benda lain dah...Bila dia pulang ke rumah, si ibu terus menyelongkar ke tong sampah dan mengutip semula cebisan-cebisan kertas surat khabar lalu ditaburkan ke ruang tamu rumahnya. Kerana kini dia tidak akan lihat lagi rumahnya bersepah-sepah, kertas-kertas bertaburan, sofa tidak bersusun...

Sekali lagi ummi bergenang air mata tatkala menaip kisah ini. Ummi rasa sangat bersyukur dengan kehadiran anak-anak ummi yang aktif dan gemar explore pelbagai barang yang ummi simpan, walaupun ummi tak suka rumah yang tidak kemas. Tiap kali ummi memarahi mereka, ummi rasa menyesal, kerana inilah proses pembesaran semulajadi yang memang dilalui oleh semua kanak-kanak normal. Aku bersyukur pada-Mu ya Allah..Semoga anak-anak ummi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah....

Ku Fahmi meratah Nutella

Buah hati ummi
Putera kedua Ummi, suka hisap rantai ummi dan sembur air liur banyak2


Ops, tangan sape tue?

Ku Fahmi....buka almari lagi..cari apa tu????

Ku `Iffah...main hand set ummi lagi ye...

Monday, January 10, 2011

Stok EBM

Salam semua...

Ummi curi masa sikit untuk update blog ummi. Sejak mula tahun 2011, Fakulti Kejuruteraan agak kelam kabut memulakan servis nya akibat perubahan prosedur ISO UPM yang baru di samping akan menerima lawatan EAC pada 18-19 Januari ni. Tapi bukan ini menjadi isunya di sini. Ummi mengalami kemerosotan stok EBM. Percaya atau tidak pada jumaat lepas ummi meninggalkan peti ais dengan "0" stok. Means stok EBM untuk Ku Fateh dah habis!

Sejak baca entry dari blog kawan ummi-Ayu, Ummi jadi bersemangat semula untuk menambah sesi mengepam. untuk capai 7-8 sesi tu belum lagi. cuma ummi cuba utk tambah sesi di tempat kerja ummi, dan curi2 masa di rumah lepas balik kerja dan waktu pagi. Ummi MESTI penuhkan balik freezer ummi (kerana ini boleh jd alasan utk ummi tak simpan stok ikan lama2 dalam peti).


Gambar2 ini memberi inspirasi kepada ummi: ini adalah stok2 kepunyan sarakids



"Ya Allah, bantulah hamba-Mu untuk lakukan dan berikan  yg terbaik kepada suami dan anak-anakku sebagai tandaku bersyukur atas semua nikmat-Mu." 

Thursday, January 6, 2011

Port "Mengepam" Ummi

Salam semua...heheh saja ummi nak tunjuk port ummi:

Inilah tempatnya...kat meja kerja ummi..hehe, selamba je. Depan ummi ada cermin, tapi ummi cover2 dengan bantal dan tudung ummi

Setelah beberapa kali tukar beg, beg ni juga menjadi pilihan. Senang nak letak macam2 dalam tu.

Akhir2 ni susu ummi berkurangan. Tapi InsyaAllah ummi akan usahakan.   


Apa-apa pun yang penting adalah niat kita nak berikan yang terbaik buat anak-anak tersayang kan? SO bagi ibu2 dan bakal ibu luar sana yang berazam untuk memberi susu badan sepenuhnya, Allah akan bantu dan tunjukkan jalan yang mudah. Yang penting doa dan jangan putus harapan ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...