Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 15, 2018

My New Life - Kuasa DOA

Assalamualaikum semua..

Wahhh berapa tahun saya tinggalkan blog ni, berhabuk bersawang dah ye.

Sis ada baaaaaaanyak perkara nak coretkan sampai tak tahu mana satu nak mula dulu.
Slow2 lah ya.

Sejak ada facebook, instagram ni, blog telah menjadi pilihan terakhir untuk orang menulis. Yelah, yang lain-lain tu semua segera kan. Kat sini nak mengarang kena plan dulu nak tulis apa, apa yg paling penting nak dikongsi dengan pembaca. Hm...kita start balik ye.

Alhamdulillah Allah masih memberi nyawa kepada sis untuk hidup atas bumi ni. Dah ada 5 orang zuriat pun, syukur yang tak terhingga. Allah tu, bila kita berdoa, DIA bagi tau!

Aku mengandung lagi

Sis alami masalah ekonomi pada penghujung tahun 2015. Sis doa-doa minta Allah bantu kami, minta kurniakan rezeki mencukupi untuk kami anak-beranak. Allah makbulkan. DIA BAGI ZURIAT lagi!
Sis nangis..murung.."aku minta rezeki..aku nak duit..kenapa KAU bagi anak lagi?" lebih kurang mcm tulah sis masa tu. 3 bulan pertama sis jadi pendiam. Nak handle morning sickness satu hal, nak layan orang bercakap cukup malas. Apa orang nak buat kat sis, sis biar je. Sis cuba didik diri untuk redha. Mak orang pertama yg sis takut nak berhadapan bila sis tahu sis preganant. Sbb mak selalu ingatkan sis cukup2lah..nak besarkan anak bukan mudah...amanah Allah tu berat. Tapi sis tak minta..Allah yang bagi dan bila DIA bagi tu mesti BERSEBAB!

Satu malam sis tonton rancangan agama di TV Al-Hijrah. Ingat lagi masa tu semua dah tidur. Sis lipat kain. Sis dengar ustaz Don berceramah tentang satu topik...beliau menceritakan kisah Maryam yang tak minta pun mengandung tp Allah takdirkan mengandungkan Nabi Isa. Ada ke Maryam minta? Takde kan? Malah kena lalui cemuhan orang, kena lalui kesakitan kepayahan mengandung. Sorang2 pula tu. Kena lalui proses bersalin sorang2. Sebab apa? Sebab apa Allah pilih Maryam? Sebab Allah nak jadikan Maryam seorang yang kuat. Nak jadikan asbab Maryam mempunyai anak yang bakal menyelamatkan dunia ni kelak, asbab Maryam akan terus bergantung harap dan meletakkan CINTA nya penuh kepada ALLAH SWT.

Sis terbuka hati malam tu. Sis tak takut dah, sis jadi berani dan bersemangat. Sis dah nampak yg Allah kurniakan zuriat ni atas perancangan DIA. Dah tertulis dalam loh mahfuz bahawa pada tahun 2016 sis akan lahirkan seorang lagi zuriat. Maka nya lepas tu sis biar je orang nak cakap apa. Sis redha. Allah sebaik2 perancang.

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...Hikmah disebalik setiap perkara itulah yang paling Mahal yang jika kita sebagai manusia tak nampak benda tu, sangat RUGI.

Cukuk sekadar ni dahulu, nanti sis sambung bebel ye.
Keluarga kami pada penghujung 2016

Wslm.