Wednesday, February 9, 2011

Anak Hyperactive

 Entry kali ini adalah berkaitan Anak Hyperactive. Ummi akan update sikit2.

Maklumat di bawah Ummi dapat dari sini

Apakah tanda-tanda Hyperaktif

Kanak-kanak hyperaktif haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :-

1. Hiperaktiviti

Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk

Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas

Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok

Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap

Selalu banyak bercakap

Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah �digerakkan oleh motor�

2. Tempoh tumpuan yang singkat

Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain

Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas

Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti

Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)

Selelu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)

Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain

Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

3. Tingkah laku impulsif

Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan

Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran

Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain

Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya.

Bolehkah gangguan lain mengiringi Hyperaktif?

Hyperaktif sukar hendak didiagnosa kerana Hyperaktif kerap disertai dengan masalah-masalah lain.

Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik.

Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah untuk menguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya membaca dan matematik.

Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka.

Masalah Hyperaktif :

Masalah sos i a l . Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.

Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka.

Apakah yang boleh disalah tafsir sebagai Hyperaktif?

Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain

Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis �petit mal�

Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali

Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan

Menghadapi masalah di rumah

Punca Hyperaktif

Tiada siapa tahu apakah punca Hyperaktif. Punca Hyperaktif tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti Hyperaktif bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Menonton televisyen

Alah pada makanan

Gula yang berlebihan

Keadaan hidup yang miskin

Sekolah bertaraf rendah

Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca Hyperaktif. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.

Diagnosis dan rawatan Hyperaktif

Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk Hyperaktif. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah.

Kerapakali rawatan berkesan untuk Hyperaktif melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sos i a l dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami Hyperaktif memerlukan rawatan.

Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat Hyperaktif, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak Hyperaktif menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri.

Ubat stimulan yang utama untuk merawat Hyperaktif adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan.

Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat Hyperaktif. Rawatan untuk Hyperaktif perlu diselitkan dengan program psikologi, sos i a l dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.

Bolehkah Hyperaktif sembuh?

Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanak-kanak Hyperaktif akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi mereka kebebasan bergerak.

Walaupun sebahagian kanak-kanak Hyperaktif akan terus menunjukkan tanda atau masalah sehingga dewasa namaun dengan menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;


Di bawah pula Ummi ambil petikan thread dari susuibu.com:
Re: Anak saya suka mengamuk / panas baran
salam...

kalau ngamuk skt2 tu adalah normal tapi kalau lebih2 adalah sesuatu yg perlu diberi perhatian... dulu anak jiran saya pernah mengalami masaalah ngamuk yg keterlaluan lalu dia bawa anak dia jumpa dgn seorang pengamal perubatan alternatif yg mmg pandai pasal kanak2 ni....

Mengikut kata pengamal perubatan alternatif tu....biasanya anak2 yg kuat mengamuk ni adalah disebabkan kandungan gula yg tinggi dalam badan...Org tu nasihatkan jauhkan gula dari kanak2.... Jiran saya kata dia takde bagi gula pun pada anak dia...Org tu kata mgkin ada bg gula tersembunyi...seperti Susu Formula, jus segera dll... Mengikut org tu....susu formula walau apa jenama pun mengandungi gula cuma pihak pengeluar berselindung dgn nama SUKROSA, MaLTOSA, GLUKOSA dan mcm2 lagi....begitu juga minuman2 lain yg diproses di kilang....

Jiran saya pun mmg mengakui yg anak dia kuat minum susu formula....
Katanya lg...gula akan menyebabkan tindakbalas yg berbeza bg kanak2 antaranya, kuat mengamuk, hyperaktif, ganas, lesu, karies gigi, lembap dll...

Jika disebabkan faktor gula, maka elakkan gula je ubatnya...
Tapi kalau anak mengamuk bukan disebabkan faktor2 diatas, ibu2 perlu bersabar dan terus berikhtiar utk atasinya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...